Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

PBB akan siasat dakwaan kesalahan serius tentera Russia di Ukraine

May 14, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mndapat sokongan besar dalam pengundian semalam untuk melancarkan siasatan terhadap dakwaan kesalahan serius tentera Russia di Ukraine.



Sebanyak 33 negara anggota mengundi menyokong; dua - China dan Eritrea - menentang manakala 12 lagi termasuk India, Pakistan serta Cuba berkecuali.



Siasatan itu susulan kebimbangan akan dakwaan berlaku hukuman tanpa mengikut undang-undang, kematian orang awam, siksaan dan penderaan terhadap kanak-kanak.



Namun, Russia menyifatkan mesyuarat tergempar badan PBB itu sebagai 'aksi politik' dan enggan menghadirinya.



Pada 4 Mac lalu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengundi bagi pembentukan sebuah Suruhanjaya Inkuiri (COI) - tahap penyiasatan yang berkemungkinan tertinggi - untuk menyiasat dakwaan tentera Russia melakukan pelanggaran ketika berperang di Ukraine.



Resolusi kelmarin menggesa COI mengutamakan siasatan 'bagi menangani kejadian di kawasan Kyiv, Chernihiv, Kharkiv dan Sumy pada akhir Februari serta Mac lalu, dengan tujuan mempertanggungjawabkan pelaku'.



Resolusi itu juga meminta COI agar memberi taklimat kepada Majlis mengenai perkembangannya pada sesi tetap September depan, dan memasukkan penemuan lengkap dalam laporan pada sesi Mac 2023.



Selain itu, resolusi berkenaan menggesa Moscow memberi akses kemanusiaan tanpa halangan kepada orang yang dipindahkan ke Russia atau wilayah yang dikuasai Russia, serta menyediakan senarai lengkap nama dan tempat mereka berada.



Pada masa yang sama, agensi pelarian PBB melaporkan lebih enam juta orang meninggalkan Ukraine sejak Russia mencerobohi negara itu pada 24 April lalu.



Ia membabitkan sejumlah 6,029,705 penduduk setakat kelmarin, dengan kebanyakannya pergi ke negara jiran sebelum meneruskan perjalanan, dengan Poland menerima bilangan terbesar kemasukan golongan itu.



Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang agensi itu, wanita dan kanak-kanak mencakupi 90 peratus daripada pelarian terbabit.



Bagaimanapun, lelaki Ukraine berumur antara 18 tahun dengan 60 tahun tidak dapat meninggalkan negara itu kerana layak menyertai perkhidmatan tentera.



Sebanyak lapan juta orang lagi telah dipindahkan secara dalaman, menurut kajian oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi.



Angka harian pelarian melintasi sempadan Ukraine dilaporkan berkurangan secara ketara sejak peperangan meletus.



Hampir 3.4 juta rakyat Ukraine meninggalkan negara itu Mac lalu, namun angka itu turun kepada kira-kira 1.5 juta pada April.



Seterusnya, hampir 493,000 rakyat Ukraine meninggalkan negara itu sejak awal bulan ini.



Begitupun, agensi pelarian PBB memaklumkan, kira-kira 1.6 juta rakyat Ukraine telah kembali ke tanah air, dengan sebahagiannya pulang buat sementara waktu, manakala sesetengah pula membina semula kehidupan di kawasan di mana pertempuran sudah berhenti, terutama di sekitar ibu kota Kyiv.



PBB menganggarkan lebih lapan juta orang dijangka meninggalkan Ukraine tahun ini.



Sebelum perang meletus, Ukraine mempunyai penduduk berjumlah 37 juta orang, tidak termasuk semenanjung Crimea dan dua wilayah di timur yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Russia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >