Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

ANALISIS BERITA: PEMBUKAAN SEMPADAN SG-M'SIA DI TAMBAK JOHOR

Pekerja rakyat M'sia di SG, peniaga di JB alu-alu pembukaan sempadan

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



BULAN Ramadan dan Syawal tahun ini akan disambut lebih meriah dan bermakna oleh umat Islam Malaysia-Singapura susulan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April ini.



Hampir 20 bulan umat Islam dua negara itu yang mempunyai pertalian rapat, tidak dapat meraikan bersama hari kebesaran tersebut disebabkan pandemik Covid-19 yang bukan saja menular di kedua-dua negara malah seluruh dunia.



Rata-rata, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura atau di Malaysia menyambut dengan penuh kegembiraan berita yang diumumkan oleh Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsein Loong, dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin.



Bagi yang bekerja dan menyewa rumah di Singapura, mereka sudah tidak sabar mahu pulang ke Johor Bahru bertemu keluarga yang terpisah sekian lama, malah mereka akan memulakan rutin seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berulang-alik pergi bekerja bermula 1 April ini.



Bagi rakyat Malaysia, terutama peniaga di Johor Bahru pula, berita gembira ini disambut dengan penuh kesyukuran kerana sebelum PKP rakyat Singapura menjadi pelanggan utama mereka terutama padamusim perayaan seperti Aidilfitri. Begitu juga, secara keseluruhan pembukaan sempadan darat akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negara berjiran tersebut.



Menteri Besar Johor yang baru dilantik, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Johor dengan bantuan pemerintah pusat sedang membuat segala persiapan yang termampu bagi memastikan keselesaan rakyat Johor, Malaysia dan Singapura apabila sempadan dibuka nanti.



"Saya telah mengadakan mesyuarat penyelarasan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, bagi melihat persediaan pembukaan semula sempadan negara. Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat sama.



"Saya juga berpeluang berjumpa dan berbincang dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tentang pembukaan semula sempadan Johor-Singapura," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya semalam.



Menurut Pakar Ekonomi, UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, jalan darat menjadi pilihan utama warganegara Malaysia-Singapura terutama sekali mereka yang mempunyai saudara-mara di dua belah Tambak.



"Apatah lagi bulan Ramadan dan Syawal menjelang tiba, yang memberikan peluang kepada semua kaum bercuti panjang. Dijangkakan ramai rakyat Singapura akan mengambil peluang ini untuk melancong ke tempat menarik di Malaysia setelah sekian lama melalui sekatan perjalanan dalan tempoh pandemik.



"Selain pelancongan, pembukaan sempadan ini bakal merancakkan kembali sektor peruncitan dengan kegiatan membeli-belah di Johor Bahru terutamanya. Dengan nilai dolar Singapura yang terus mengukuh berbanding ringgit Malaysia, ia akan menjadi insentif untuk merentas Tambak Johor nanti.



"Pelancong dari Singapura merupakan kedua tertinggi bilangannya antara rakyat negara lain yang melancong ke Malaysia, dan ia memberikan pemulihan kepada industri pelancongan di Malaysia," katanya kepada Berita Harian.



Perunding hartanah daripada TazaHartanah di Lembah Klang, Encik Mutazar Abd Ghani, berkata pembukaan sempadan bagi membolehkan rakyat Singapura membeli hartanah terutama di Johor dan Melaka hanya dapat dilihat impaknya dalam tempoh jangka panjang.



"Dalam tempoh jangka pendek, enam hingga 12 bulan mungkin tidak nampak sangat impaknya. Sebaliknya, dalam tempoh pertengahan dan panjang, ada impak positif bagi sektor hartanah di Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.



"Sekarang ini pun sebenarnya ada juga jual beli melalui atas talian terutama projek perumahan baru," katanya kepada Berita Harian.



Bagi dua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura ketika dihubungi Berita Harian, tidak dapat menahan rasa gembira mereka kerana selain kerinduan, mereka dapat bertemu semula dengan keluarga yang terpisah akibat PKP dan pandemik Covid-19.



Pekerja hospital di Changi, Encik Muhd Hafizuddin Ismail, berkata beliau akan kembali ke Johor Bahru sebaik saja habis bekerja pada malam 1 April kerana sudah tidak sabar menemui keluarganya yang ditinggalkan sejak Disember tahun lepas.



Beliau pulang ke Johor Bahru pada 29 November lepas melalui skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) Darat dari Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands ke Terminal Bus Larkin Sentral, bersyukur dengan berkat doa untuk bersama keluarga semasa Ramadan dan Aidilfitri termakbul dengan pembukaan sempadan itu.



"Insya-Allah saya akan memulakan rutin seperti sebelum PKP dengan berulang-alik Johor Bahru-Singapura setiap hari selain hari cuti rehat bekerja dan sudah memberi notis kepada tuan rumah agar menamatkan kontrak sewa," katanya.



Bagi pekerja kapal di Tuas, Encik Ahmad Samion Ismail, beliau mengambil keputusan kembali ke Johor Bahru dan akan berulang-alik pergi bekerja seperti yang dilakukan sebelum PKP sejak lebih dua tahun lalu.



Katanya, walaupun masih bujang, beliau berasa lega dapat kembali ke Johor Bahru, sekali gus memudahkannya pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu untuk menziarah ibu bapanya.



Peniaga biskut Raya di Plaza Angsana dan Kampung Melayu Johor Bahru, Encik Naharuddin Isa, menyambut baik pengumuman pembukaan sempadan darat ini kerana lebih dua tahun kehilangan pelanggan dari Singapura.



"Saya amat bersyukur sempadan sudah boleh dibuka dan saya sudah bersiap sedia menerima pelanggan terutama dari sebarang Tambak. Sebelum PKP, setiap kali musim perayaan hampir 70 peratus pelanggan saya datang dari Singapura membeli biskut Raya dan kerepek," katanya yang sudah berniaga lebih 20 tahun di dua tempat tersebut.



Bagi pemilik Jawhari Furniture Gallery di Kota Tinggi dan Segamat, Encik Mohd Khafiz Bachok, beliau yakin perniagaan di sekitar dua bandar itu dijangka meningkat dengan pembukaan sempadan.



Beliau bersedia menerima pelanggan dari Singapura dan menyediakan perkhidmatan penghantaran perabot ke sebarang Tambak sekiranya ada pesanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >