Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PANDANGAN

Pelaburan bentuk asatizah masa depan

Jan 02, 2022 | 05:30 AM



ASATIZAH umpama sauh kapal.



Sepertimana sauh menambat kapal agar tidak hanyut ke tengah laut, asatizah pula membantu masyarakat berpegang kepada nilai-nilai murni agar tidak 'hanyut' dalam dunia yang pesat berubah.



Panduan asatizah yang disegani dari segi ilmu dan tradisi keagamaan serta peka akan konteks kehidupan Singapura yang kosmopolitan diperlukan terutama sekali dengan keperluan sosial dan agama yang berubah bentuk mengikut aliran masa.



Justeru, terdapat keperluan yang meningkat terhadap pelaburan dalam mewujudkan infrastruktur serta ekosistem yang mampu membentuk 'intelligentsia' asatizah setempat yang memahami keperluan masyarakat serta dapat memberi bimbingan relevan.



Kesedaran ini jelas dilihat dalam inisiatif serta program-program yang dilaksana Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha membangunkan asatizah masa depan.



Madrasah bukan lagi tempat buangan atau 'dumping ground' pelajar sekolah sekular yang terkandas seperti dahulu.



Kemajuan yang dicapai madrasah setempat dalam memperbaiki sistem pendidikannya serta menyediakan kelengkapan moden seperti sekolah lain perlu diiktiraf.



Dalam temu ramah baru-baru ini, tokoh agama tanah air, Ustaz Pasuni Maulan akui tidak semua pelajar madrasah akan mengikuti aliran agama khusus.



Sama ada mereka memilih kerjaya sebagai peguam, atau penganalisis politik, beliau berharap "asas yang diberikan oleh madrasah dapat perkukuh mereka dari sudut keagamaan".



Dengan sokongan dari Muis dan masyarakat melalui skim-skim tertentu, tawaran biasiswa serta peluang membangun kemahiran, bilangan asatizah kini semakin bertambah.



Dengan kewujudan ekosistem yang dapat menghasilkan asatizah intelektual yang bersedia untuk masa depan, diharapkan sumbangan besar terhadap membimbing masyarakat turut diiktiraf dengan ganjaran yang setimpal untuk merapatkan jurang gaji antara asatizah dengan guru sekolah biasa pada masa depan.



Sebagai seorang lulusan madrasah sepenuh masa, saya sering menerima soalan "Kenapa tak jadi ustazah?" .



Menariknya, soalan itu datang dari luar 'fraterniti' madrasah.



Mungkin kesedaran masyarakat lebih tertumpu kepada peranan madrasah membentuk golongan asatizah dan kurang kepada peranan berterusannya dalam membimbing pelajar menjadi Muslim berguna berbekal pengetahuan dan kemahiran tertentu dalam mengimbangi aspek agama, kehidupan, kerjaya dan seterusnya berlatarbelakangkan landskap sosioagama berbeza.



Apatah lagi kini dengan keupayaan madrasah yang dipertingkat pandangan pelajar madrasah seharusnya ceburi bidang agama sahaja tidak munasabah.



Misalnya saya menemui dua lulusan program IB di Madrasah Aljunied; salah seorang telah mendapat tempat di Sekolah Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) sementara seorang lagi kini memburu ijazah sarjana muda dalam jurusan Undang-undang Islam dan Usul Teori Hukum Undang-Undang Islam (Usul al-Fiqh).



Mungkin pada masa hadapan, masyarakat Islam bakal mempunyai peguam yang bukan sahaja mahir dalam bidang guaman, bahkan juga mempunyai asas agama kukuh dan pengetahuan mendalam mengenai undang-undang agama.



Pada masa yang sama, seorang ustazah yang berkepakaran dalam bidang Undang-undang Islam dan Usul Teori Hukum Undang-Undang Islam (Usul al-Fiqh) juga mempunyai latar belakang pengajian global dengan kefahaman berkaitan budaya dan konteks masyarakat antarabangsa.



Alangkah indahnya jika masyarakat yang lebih holistik dan menyeluruh ini dapat dibentuk dalam masa terdekat.



  • Penulis wartawan BH, lulusan Madrasah Alsagoff, Al-Maarif (Pra-U) dan Universiti Nasional Singapura (NUS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >