Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH (MAI)

Pelajar raih keputusan GCE 'O' cemerlang berkat sokongan masyarakat

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'O' tahun lalu telah dapat keputusan mereka minggu lepas.



Berkat sokongan dan sumbangan masyarakat dalam membina sebuah madrasah yang menyeluruh, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) berjaya menghasilkan tujuh antara 10 pelajar madrasah terbaik bagi peperiksaan tersebut.



Antaranya Mishel Maryam Nasir, 16 tahun, yang meraih sembilan kepujian. Mishel juga merupakan pelajar madrasah terbaik tahun lalu.



"Keputusan ini merupakan satu langkah bagi saya mencapai cita-cita menjadi doktor satu hari nanti," tambah Mishel.



Seorang lagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ialah Mus'ab Zailan, yang meraih lapan kepujian.



Apabila ditanya tentang dorongan beliau mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu, Mus'ab berkata:



"Ketika mengulang kaji untuk peperiksaan 'O' Level, sering kali terlintas dalam hati mahu berputus asa kerana selalu terasa sangat letih.



Tetapi saya selalu teringat akan ibu bapa, guru-guru saya dan pengorbanan yang mereka buat untuk saya. Merekalah dorongan saya teruskan usaha terbaik untuk peperiksaan ini.



Alhamdulillah syukur, berkat doa mereka juga, saya peroleh keputusan yang amat memberangsangkan," kata pelajar berusia 16 tahun itu lagi.



Anak ketiga empat beradik itu amat bersyukur dengan sokongan keluarganya meskipun keluarga mereka amat sederhana dan ayahnya merupakan pemberi nafkah tunggal bagi mereka.



Lima lagi pelajar meraih anugerah Emas di MAI, sekali gus berjaya menjadi antara 10 pelajar madrasah terbaik di Singapura. Mereka mendapat lima kepujian ke atas bagi peperiksaan GCE Peringkat 'O' 2021.



Mendapat enam kepujian keseluruhan ialah Ashreefa Shahrin dan Hannah Mohamad Yusof manakala Imranul Haq Zainal Muttakin, Nadhirah Mohd Samsudin dan Naeema Hassan meraih lima kepujian keseluruhannya.



Ini merupakan prestasi amat baik dan membanggakan bagi MAI. Misi madrasah tersebut ingin terus mendidik insan yang berjaya, dalam ilmu akademik dan juga ukhrawi meskipun dalam keadaan pembelajaran yang mencabar disebabkan pandemik Covid-19.



Menurut pengetua MAI, Encik Herman Cher Main, sebagai sebuah institusi yang amat bergantung pada sumbangan masyarakat, wabak Covid-19 ini juga menjejas usaha MAI untuk mengumpulkan dana.



Selain kos operasi, dana juga masih diperlukan bagi melengkapkan keperluan kampus baru madrasah yang mula beroperasi tahun lepas, dan juga mempertingkat sistem pembelajaran pelajar di MAI.



"Kecemerlangan madrasah kami berkat sokongan dan dorongan masyarakat, alhamdulillah. Pihak kami alu-alukan sumbangan orang ramai dan kami ucapkan ribuan terima kasih," jelas Encik Herman.




CARA HULUR DERMA



Sesiapa yang berniat untuk menderma boleh berbuat demikian menerusi cara-cara berikut:



  • Kirimkan cek atas nama 'Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah'. Tuliskan nama dan nombor telefon anda di belakang cek untuk madrasah sampaikan salinan resit derma.

  • Lakukan pemindahan wang kepada akaun OCBC 591-10703-2001. Kirimkan nama, alamat dan nombor telefon anda ke admin@mai.sg untuk madrasah sampaikan salinan resit derma.

  • Derma di kaunter madrasah di 3 Lorong 6 Toa Payoh, Singapura 319378.

  • Derma menerusi PayNow di aplikasi perbankan mengguna Nombor UEN T08GB0028LMAI.

  • Hubungi talian 6744-4749 atau WhatsApp ke talian 8474-7000 untuk pengambilan derma di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >