PELBAGAI wadah tersedia bagi warga mendapatkan bantuan atau nasihat menguruskan kewangan - lebih-lebih lagi bagi mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19.
Bagi Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, penduduk lazimnya mendapatkan bantuan menerusi wadah perjumpaan dalam talian atau e-mel.