Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pelihara budaya kaum, tapi lindungi ruang sekular dan bahasa bersama: Inggeris

Nov 28, 2013 | 11:56 PM



DARI segi kandungan, Zaobao mesti terus mendukung prinsip-prinsip teras yang telah membolehkan ia berjaya, sedang ia menyesuaikan diri kepada zaman dan generasi pembaca baru.


Saya bersetuju dengan Lim Jim Koon, ketua editor Bahagian Akhbar Cina, SPH, bahawa Zaobao dan media arus perdana Singapura mesti mengekalkan kepercayaan tinggi awam, sedang mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.


Ini adalah nilai Zaobao dan media Singapura.


Dalam konteks ini, saya ada beberapa cadangan tentang cara Zaobao boleh terus berkembang maju pada masa akan datang.


Menggambarkan pandangan pelbagai objektif dan bertanggungjawab


Pertama, Singapura adalah sebuah masyarakat berbilang budaya, Zaobao mesti menggambarkan pandangan dan keperluan masyarakat kita yang semakin pelbagai.


Namun, ia juga harus menggalak pemahaman tentang isu dan cabaran nasional yang dikongsi bersama.


Zaobao mesti mewakili nada dan perasaan dalam masyarakat kita.


Asingkan laporan dan rencana pendapat dan tetapkan perkara dalam konteks yang betul.


Zaobao sering melakukan ini dengan baik, contohnya laporan tentang Belanjawan dan Rapat Hari Kebangsaan (NDR).


Zaobao menggarap perkara-perkara utama, menterjemahkannya ke dalam bahasa Cina, menjelaskan perkara-perkara itu dan implikasinya dengan jelas kepada rakyat Singapura dan menekankan reaksi mereka, semua dalam muka surat yang terhad.


Saya mengangkat topi saya kepada wartawan yang melakukan ini.


Cara Zaobao melaporkanan berita adalah penting, kerana ia boleh membentuk persepsi dan emosi peminatnya.


Ini terutamanya apabila menangani isu-isu sensitif atau emosi, laporan teliti penting untuk mengekalkan perpaduan sosial di Singapura.


Sememangnya, ini terpakai kepada semua akhbar, bukan Zaobao saja.


Menyediakan perspektif Singapura mengenai rantau ini


Kedua, terus sediakan perspektif Singapura mengenai China dan Timur Laut Asia. Zaobao mempunyai kelebihan dalam hal ini sebab ia satu akhbar Cina Singapura. Jika tidak, ia tidak berbeza daripada media di China, Hongkong atau Taiwan.


Ramai rakan China saya memberitahu bahawa mereka membaca Zaobao untuk laporan dan analisis mengenai hal ehwal semasa dan di China. Kadangkala mereka membaca Zaobao sebelum akhbar mereka sendiri.


Sedang pengaruh global China berkembang, adalah semula jadi bagi Zaobao memberi lebih tumpuan pada China.


Memandangkan bilangan pembaca, pasaran China akan mencakupi bahagian yang lebih besar daripada pendapatan Zaobao.


Untuk mengekalkan daya saing, Zaobao mesti terus mengambil perspektif Singapura, berkecuali dan seimbang apabila membuat laporan. Ini juga akan membolehkan Zaobao terus memenuhi fungsi penting sebagai sebuah akhbar Singapura.


Saya tahu Zaobao mengambil tanggungjawab ini dengan serius. Tetapi saya rasa berfaedah untuk mengingatkan diri kita tentang perkara ini kerana ini satu pertimbangan yang amat penting.


Menurunkan budaya dan nilai-nilai Cina


Ketiga, terus turunkan budaya dan nilai- nilai Cina. Ini adalah penting bagi masyarakat Cina.


Ramai pembaca Zaobao juga prihatin tempat budaya Cina di Singapura. Saya melihat ini dalam surat pembaca ke laman Forum Zaobao, contohnya dasar bahasa ibunda, piawaian penterjemahan dan bahasa yang digunakan pada papan tanda awam.


Saya memahami kebimbangan masyarakat sepenuhnya. Pemerintah melakukan yang terbaik untuk mengekalkan budaya Cina, contohnya:


Menggalak bahasa ibunda di sekolah dan tempat kerja


Menaik taraf sekolah SAP (Rancangan Bantuan Khas) kita, contohnya Sekolah Perempuan St Nicholas, yang kampusnya baru saya rasmikan


Membina Pusat Kebudayaan Cina Singapura


Bekerja dengan Perniagaan China untuk membantu rakyat Singapura berjaya di China


Zaobao rakan kongsi kami dalam banyak inisiatif - terima kasih Zaobao.


Walaupun kita merai warisan kita, kita mesti memastikan bahawa ia berkembang mengikut perkembangan masa supaya ia tidak kehilangan generasi muda.


Dalam hal ini, Zaobao terus mencari jalan baru untuk merai warisan kita yang menarik warga muda Cina Singapura, contohnya konsert yang merangkumi persembahan bersama Kuartet Tang dan Opera Kun - satu tafsiran baru klasik Timur dan Barat.


Sedang kita mengekalkan budaya Cina kita, kita harus ingat bahawa kita adalah sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang etnik.


Kita telah bekerja keras membina sebuah jati diri Singapura, jadi kita semua adalah warga Singapura tanpa mengira bangsa atau agama.


Oleh itu, walaupun kita merayakan budaya etnik kita sendiri, kita mesti terus melindungi ruang bersama sekular dan penggunaan bahasa yang sama kita gunakan, bahasa Inggeris.


Saya harap anda faham bahawa kita perlu mencari keseimbangan yang betul.


Pesan PM dalam majlis akhbar Zaobao


"Sedang kita mengekalkan budaya Cina kita, kita harus ingat bahawa kita adalah sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang etnik. Kita telah bekerja keras membina sebuah jati diri Singapura, jadi kita semua adalah warga Singapura tanpa mengira bangsa atau agama. Oleh itu, walaupun kita merayakan budaya etnik kita sendiri, kita mesti terus melindungi ruang bersama sekular dan penggunaan bahasa yang sama kita gunakan, bahasa Inggeris."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >