Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Penghujung kerjaya sebenarnya permulaan baru dalam kehidupan?

May 29, 2022 | 05:30 AM



BELIAU sudah berkhidmat dengan syarikatnya selama lebih sedekad dan diberi tanggungjawab memikul peranan kepimpinan.



Malah, beliau juga baru sahaja berjaya memulakan satu projek besar, dengan sumbangannya dianggap penting bagi pertubuhannya.



Namun, beliau tiba-tiba memutuskan untuk berhenti kerja.



"Jika saya teruskan bekerja dalam peranan ini, saya akan menjadi lebih senior daripada sepatutnya," ujarnya.



Beliau menerangkan bahawa beliau tidak lagi berkembang.



Pastinya, beliau mungkin akan terus dinaikkan pangkat jika terus bekerja dalam pertubuhan itu tetapi ini tidak sama kerana beliau tidak lagi menjadi lebih baik dalam pekerjaannya.



BERSEMUKA DENGAN HAD KERJAYA



Langkah bersemuka dengan had kerjaya ini bukan mudah dan kadangkala menakutkan.



Orang ramai biasanya menganggap kerjaya mereka ibarat tangga yang berakhir di suatu tempat yang kabur, yang biasanya tidak terlalu difikirkannya dengan mendalam.



Namun hakikatnya, kerjaya ibarat bukit dan kebanyakan orang tidak bersedia bagi perjalanan turun bukit itu.



Kajian oleh pakar psikologi sosial, Profesor Emeritus Dean Keith Simonton dari UC Davis, mencadangkan bahawa kejayaan dan daya penghasilan seseorang meningkat dalam 20 tahun pertama kerjayanya secara purata, sebelum mula berkurangan.



Ini sejajar dengan keadaan di Singapura, dengan perangkaan pemerintah menunjukkan bahawa usia meraih gaji paling utama adalah antara usia 40 dengan 44 tahun.



Menurut Laporan Tenaga Kerja Singapura 2021, pendapatan bulanan kasar median pekerja sepenuh masa dalam kalangan penduduk ialah $6,825 bagi golongan berusia antara 40 tahun dengan 44 tahun, sebelum jatuh ke $5,958 bagi mereka yang berusia antara 45 tahun dengan 49 tahun, dan terus berkurangan bagi mereka yang lebih berumur.



Dengan jangka hayat nasional sekitar 84 tahun, ini bermakna penduduk setempat menghadapi kemerosotan dalam kehidupan profesional mereka, dalam separuh kedua hayat mereka.



Pekerja di awal rencana ini berusia awal 40-an tahun dan beliau tergolong antara mereka yang kerjayanya berkemungkinan besar mula mendatar.



Prospek pekerjaannya dan kemahirannya juga mungkin mula mendatar.



Oleh itu, beliau memilih untuk menceburi kerjaya baru dalam syarikat di mana beliau yakin beliau boleh belajar lebih banyak.



TANGANI JANGKAAN



Banyak pertubuhan mempunyai struktur seperti piramid, dengan kebanyakan pekerja biasanya mendapati diri mereka berada di bawah seseorang.



Sekiranya seseorang itu menganggap kejayaan sebagai menjadi orang bergaji paling tinggi dalam pertubuhannya, mereka pasti akan mudah kecewa.



Sebaliknya, adalah lebih baik untuk akur bahawa setiap kerjaya akan mencapai titik sebelum ia mula mendatar atau menurun, dan mempersoal apa yang sepatutnya hendak dilakukan.



Tidak dapat dinafikan, bukan mudah untuk tidak rasa bimbang langsung tentang apabila dan bagaimana kerjaya seseorang itu akan mula mendatar.



Namun, berikut antara panduan yang mungkin boleh membantu.



Pertama, kenal pasti 'zon bahaya', iaitu ketika kemajuan kerjaya mula mendatar.



Ini boleh membantu pekerja itu membuat perancangan awal.



Kedua, jangan keliru antara takrif kejayaan majikan dengan definisi kejayaan anda.



Terdapat banyak sumber yang boleh memberi kesejahteraan dan kepuasan, sama ada keluarga, kerohanian, minat, kerja sukarela atau belajar sepanjang hayat.



Ini dapat membantu seseorang membuat keputusan lebih bijak dalam pembahagian masa dan mengingatkan mereka untuk meluangkan masa buat teman, keluarga, hobi dan minat di luar kerja.



Ketiga, fahamkan bahawa pertumbuhan dan kejayaan bukan satu-satunya perkara yang memberi nilai kepada seseorang.



Adalah benar bahawa kegembiraan bagi kebanyakan orang dewasa biasanya melibatkan kerelevanannya dan kegunaannya kepada pihak lain seperti keluarga, masyarakat dan negara.



Namun, melakukan kesilapan, kekurangan dan mendatar juga merupakan sebahagian daripada pengalaman yang semua manusia lalui.



Ini akan membantu seseorang melihat lebih daripada had mereka dan menyedari bahawa penghujung kerjaya mereka sebenarnya permulaan baru dalam kehidupan mereka.




  • Rencana ini pertama kali disiarkan di akhbar 'The Business Times'.


Sekiranya seseorang itu menganggap kejayaan sebagai menjadi orang bergaji paling tinggi dalam pertubuhannya, mereka pasti akan mudah kecewa.

Sebaliknya, adalah lebih baik untuk akur bahawa setiap kerjaya akan mencapai titik sebelum ia mula mendatar atau menurun, dan mempersoal apa yang sepatutnya hendak dilakukan.

Tidak dapat dinafikan, bukan mudah untuk tidak rasa bimbang langsung tentang bila dan bagaimana kerjaya seseorang itu akan mula mendatar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >