Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Penglibatan bapa bangun kesejahteraan anak

Jan 25, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI bapa empat anak yang berusia antara lima dengan 15 tahun, Encik Saffri Alias sering meluangkan masa untuk mereka walaupun pembantu marin itu perlu bekerja syif giliran 12 jam.



Encik Saffri sering membantu anak-anaknya dengan kerja sekolah, memberi mereka idea untuk projek dan memberi sokongan kepada mereka, tidak kira mengenai apa sahaja.



Menekan kepentingan berkomunikasi bersama anak-anaknya, beliau menjelaskan bahawa ia adalah cara yang baik untuk terus mendekati anak-anaknya.



"Jika kita tidak sering mendekati anak-anak kita, sekiranya mereka ingin mengongsi mengenai sesuatu, mereka akan lebih suka berkongsi bersama rakan-rakan mereka kerana mereka lebih selesa melakukan demikian berbanding dengan bercakap bersama ibu bapa mereka.



"Maka itulah perkara ini amat penting bagi saya," jelas Encik Saffri, 36 tahun.



Walaupun pengurusan pendidikan anak-anak secara tradisional merupakan peranan yang dipikul oleh seorang ibu, golongan pakar berpendapat seorang bapa yang 'hands-on' (terlibat aktif) boleh mendapat banyak faedah ketika mereka mendekati bapa mereka serta menunjukkan prestasi yang lebih baik di sekolah.



Sementara itu, Pusat Kebapaan, sebuah badan amal yang bertujuan memperkasa golongan bapa, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam jumlah sekolah yang mengambil bahagian dalam inisiatif tahunannya, Back to School with Dad, selama dua tahun terakhir.



Jumlah pendaftaran itu telah meningkat dari 36 sekolah pada 2019 kepada 51 sekolah tahun lalu.



Daya usaha tersebut mendorong golongan bapa untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah semasa dua hari pertama tahun akademik baru.



Ia bagi memastikan mereka dapat turut melibatkan diri dalam laluan pembelajaran anak selain meningkatkan minat kaum bapa mendekati anak-anak mereka.



Bagaimanapun, dek pandemik Covid-19, jumlah sekolah yang menyertai daya usaha itu telah berkurang kepada hanya 32 sekolah.



Banyak sekolah memilih untuk mengurangkan kegiatan penghimpunan besar, kata Encik Bryan Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Kebapaan dan Dads for Life - sebuah gerakan bapa nasional.



Anak-anak yang mempunyai bapa yang melibatkan diri dalam perjalanan pembelajaran mereka cenderung menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik, mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum dan gembira untuk ke sekolah katanya.



Menurut Pusat Nasional bagi Bapa Bertanggungjawab yang berpangkalan di Amerika Syarikat, penyelidikan menunjukkan kanak-kanak prasekolah dengan bapa yang terlibat dalam pembangunan mereka mempunyai kemahiran lisan yang lebih baik.



Anak perempuan yang mempunyai hubungan rapat dan positif dengan bapa mereka pula menunjukkan lebih kemahiran dalam matematik manakala anak lelaki yang mempunyai penglibatan bapa mereka berjaya mendapat gred lebih baik.



"Anak-anak akan rasa lebih selamat apabila mengetahui bapa mereka dapat memberi sokongan dan akan dapat menghulur bantuan sekiranya mereka mengalami cabaran di sekolah dan dalam kehidupan mereka.



"Bapa yang lebih aktif melibatkan diri dalam perjalanan sekolah anak-anak mereka dapat memanfaatkan hubungan yang lebih erat bersama anak mereka - ikatan yang menjangkaui tahun-tahun sekolah rendah hingga tahun-tahun remaja dan dewasa mereka," jelas Encik Tan.




CARA-CARA BAPA BOLEH DEKATI ANAK



  • HANTAR ANAK KE SEKOLAH

Ini merupakan masa yang baik untuk berbual bersama anak-anak dan mengetahui tentang hari mereka serta mengenali rakan anak-anak dengan lebih baik



  • SOKONG DAN DORONG MINAT MEREKA

Jika anak anda mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum, libatkan diri dengan bermain sukan atau ikut anak ke kelas itu pada hujung minggu



  • JADI SEBAHAGIAN PERJALANAN PENDIDIKAN MEREKA

Sumbang kepakaran anda berbanding kepada menyerahkannya kepada tutor atau pasangan anda



  • TULIS NOTA KHAS UNTUK MEREKA

Tulis nota dorongan dan sokongan dalam beg sekolah atau kotak bekalan makanan mereka




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >