Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipu menyamar sebagai ejen hartanah muncul semula

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



KES tipu melibatkan penipu yang menyamar sebagai ejen hartanah kelihatan telah muncul kembali.



Dalam helah itu, polis berkata penipu akan menyenaraikan hartanah palsu di laman web dan menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp.



Selepas itu, penipu akan minta mangsa supaya membuat deposit untuk mendapatkan janji temu untuk melihat hartanah itu.



Sejak Januari tahun ini, sekurang-kurangnya 144 mangsa telah menjadi mangsa penipuan sedemikian, dengan kerugian berjumlah sekurang-kurangnya $190,000.



Dalam kes ini, mangsa yang mengklik pautan di iklan palsu biasanya dibawa ke sembang WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak dikenali, yang bermula dengan awalan "+65".



Menggunakan nombor palsu untuk berhubung dengan mangsa, penipu akan menggunakan gambar, nama dan nombor lesen ejen hartanah yang sah yang boleh didapati di laman web carian hartanah. Ini dilakukan menjerat mangsa supaya mempercayai bahawa mereka adalah ejen harta yang sah.



Mangsa yang berminat untuk melihat hartanah seperti yang diiklankan, akan diminta untuk membuat deposit bagi mendapatkan temu janji.



Mangsa kemudiannya diberikan nombor akaun bank atau nombor telefon untuk memindahkan wang.



Mangsa hanya akan mendapati bahawa mereka telah ditipu selepas penipu berhenti berhubung dengan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >