Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Penipuan sasar firma logistik, pemindahan: 10 jadi mangsa

Mar 26, 2022 | 08:57 AM



SATU kaedah penipuan baru yang menyasarkan syarikat logistik dan pemindahan kini mula dikesan, kata Pasukan Polis Singapura (SPF).



Sekurang-kurangnya 10 orang menjadi mangsa penipuan ini dengan kerugian sehingga $9,000 pada bulan ini, tambah SPF dalam satu kenyataan.



Penipu akan berpura-pura menjadi penyewa bangunan atau pusat beli-belah, lalu menghubungi syarikat tersebut melalui aplikasi mesej seperti WhatsApp dengan hasrat menggunakan khidmat pemindahan mereka dan menawarkan pembayaran tunai.



Berdasarkan tangkap layar (gambar atas kiri) diberikan oleh polis, "barangan" yang akan dipindahkan termasuk almari atau mesin pejabat untuk dibuang.



Setelah bersetuju, penipu akan memberikan syarikat logistik itu nombor telefon pengurusan bangunan untuk dihubungi supaya dapat kelulusan bagi menjalankan perkhidmatan mereka.



Tanpa pengetahuan mangsa, "pengurusan bangunan itu" adalah sebahagian daripada rancangan penipuan tersebut.



Apabila mangsa menghubungi nombor telefon yang diberikan melalui WhatsApp, penipu itu - menyamar sebagai kakitangan pengurus bangunan - akan mengarahkan mangsa membayar deposit yang boleh dikembalikan untuk memudahkan proses kelulusan perkhidmatan pemindahan itu.



Mangsa hanya akan menyedari bahawa mereka telah ditipu setelah pemindahan wang tersebut dan juga apabila "klien" dan "pengurus bangunan" tidak dapat dihubungi selepas bayaran deposit dibuat.



Polis mengingatkan syarikat logistik dan pemindahan agar mengesahkan bahawa klien adalah penyewa bangunan.



Ini boleh dilakukan jika syarikat menyemak dengan pihak pengurusan bangunan bagi mendapatkan maklumat rasmi yang disediakan di laman web.



Mereka juga diingatkan agar tidak memindahkan wang kepada akaun yang tidak dikenali tanpa pengesahan.



Bagi sesiapa yang ingin melaporkan kes berkaitan penipuan, mereka boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau di laman www.police.gov.sg/iwitness.



Bagi mendapatkan nasihat berkaitan penipuan, orang ramai boleh menghubungi talian 1800-722-6688 atau melungsuri laman www.scamalert.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >