Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Penjaga skizofrenia perlu bantuan

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



Fokus jaga pesakit hingga lupa kesihatan sendiri 



SATU kajian baru mengenai penjaga pesakit skizofrenia di Singapura mendapati ramai daripada mereka menghadapi pendapatan rendah dan kerugian kewangan semasa menjaga ahli keluarga tersayang mereka .



Mereka juga mengalami pelbagai kesan emosi, daripada kegelisahan peribadi hingga perpecahan keluarga dan pengasingan, menurut dapatan kajian melibatkan 151 penjaga pesakit skizofrenia itu.



Kajian tersebut dijalankan oleh Caregiver Alliance Limited (CAL), sebuah badan tidak mencari untung (NPO) yang berusaha membantu penjaga yang menjaga pesakit kesihatan mental, dan disokong oleh syarikat Johnson & Johnson.



Ia bertujuan meninjau sejauh mana kesulitan kewangan dan emosi yang dihadapi penjaga pesakit skizofrenia di Singapura.



Menurut tinjauan itu, 84.3 peratus penjaga berpendapatan kurang $5,000 sebulan, sementara 43.2 peratus berpendapatan kurang $2,000 sebulan.



Dalam kalangan penjaga berkelulusan ijazah sarjana muda dan pascasiswazah, masing-masing 75 peratus dan 46.7 peratus daripada mereka berpendapatan kurang $5,000 sebulan.



Hanya 37.9 peratus daripada penjaga yang ditinjau mempunyai pekerjaan sepenuh masa, manakala 22.7 peratus bekerja sambilan.



Selebihnya adalah suri rumah, pesara, pelajar dan tidak mempunyai pekerjaan.



Kajian itu mendapati satu pertiga penjaga pesakit skizofrenia berhenti bekerja demi menjaga mereka.



Menurut Ketua, Jangkauan & Perkhidmatan Korporat CAL, Encik Jared Goh, keadaan ramai pesakit skizofrenia memerlukan banyak perhatian akibatnya, ramai dalam kalangan penjaga mengalami gangguan kerjaya.



"Walaupun penjaga itu mempunyai pendidikan tinggi, mereka mempunyai pendapatan rendah atau tidak ada pendapatan langsung.



"Daripada kajian ini, kami mendapati terdapat keperluan mengurangkan beban penjaga ini supaya mereka dapat kembali bekerja dan meraih pendapatan stabil serta mencapai potensi kerjaya mereka," ujar Encik Goh ketika ditemui Berita Harian.



Beliau juga mengatakan bahawa sebahagian besar daripada penjaga yang terjejas ialah wanita berusia.



Tinjauan itu mendapati 45.3 peratus penjaga berusia 55 tahun ke atas, sementara 14.2 peratus berumur 65 tahun ke atas.



Majoriti penjaga pesakit skizofrenia ialah wanita, dengan 27.8 peratus daripada mereka adalah saudara perempuan pesakit dan 23.3 peratus merupakan ibu.



Anak perempuan membentuk 9 peratus daripada penjaga pesakit skizofrenia.



"Tanpa bantuan dan cara baru mengatasi skizofrenia, akan menjadi lebih sukar untuk penjaga wanita berusia bekerja semula dan memperbaiki masalah kewangan mereka," kata Encik Goh.



Ketika menjaga seorang pesakit skizofrenia, kadangkala penjaga juga mengalami masalah emosi dan tekanan mental.



Seramai 49.7 peratus penjaga skozofrenia mengalami tekanan dan kegelisahan.



Sebanyak 43.7 peratus pula berkongsi bahawa mereka meluangkan kurang masa untuk bersosial dengan ahli keluarga yang lain dan rakan akibat stigma yang ramai masih kaitkan dengan penyakit mental.



Menurut seorang pakar psikiatri di Pusat Perubatan Gleneagles, Dr Adrian Wang, ini selalu berlaku bagi ramai penjaga pesakit mental.



"Ramai daripada mereka mengalami burn-out (kehabisan tenaga) kerana tidak dapat memberi tumpuan pada diri sendiri atau perkara lain.



"Walaupun mereka mempunyai peranan untuk menjaga pesakit, penjaga juga perlu kasih sayang dan bantuan.



"Lebih banyak masih dapat dilakukan untuk membantu golongan ini, mungkin dari segi kewangan atau sokongan emosi.



"Sekiranya kita dapat menghulurkan bantuan bagi golongan ini, mereka juga dapat menjaga pesakit itu dengan lebih baik agar mereka dapat pulih secepat mungkin," ujar Dr Wang.




Kajian: Alami kesan kewangan dan emosi



MENGEJUTKAN anaknya daripada tidur setiap pagi, menyediakan semua makanan dan minumannya sepanjang masa, memastikan dia mengambil ubatnya setiap hari, dan membawanya ke pemeriksaan perubatan yang telah dijadualkan.



Itulah kehidupan seorang ibu yang mahu dikenali hanya sebagai Cik Aisha sejak anak lelakinya didapati menghadapi skizofrenia semasa berusia 20 tahun pada 2016.



Menjaga anak keduanya itu 24 jam sehari, tujuh hari seminggu hampir tujuh tahun telah mula menjejas kesihatan Cik Aisha.



Ketika beliau memantau keadaan anaknya di rumah, Cik Aisha sering lupa menjaga kesejahteraannya secara emosi, fizikal dan mental.



Memikul tangungjawab besar dan kekal sebagai penjaga , ibu enam anak itu berkongsi bahawa beliau pernah kehilangan jati diri dalam memainkan peranan sebagai ibu demi memastikan anaknya terjaga dengan baik.



Setelah dimasukkan ke hospital pada 2019 akibat tekanan darah tinggi, Cik Aisha memutuskan beliau perlu menguruskan dirinya dengan lebih baik supaya dapat menjadi ibu terbaik bagi anak-anaknya.



"Bacaan tekanan darah saya mencapai 200 ketika itu. Doktor mendapati saya mengalami tekanan darah tinggi kerana tidak mendapat tidur bermutu.



"Secara keseluruhan, saya tidak makan pada waktu tetap, makan makanan tidak sihat dan tidak dapat bersenam.



"Saya juga dikesan menghidap peringkat permulaan penyakit kronik seperti prakencing manis dan kolesterol tinggi," kata Cik Aisha, yang mengalami kehabisan tenaga (burn-out) pada 2019.



Ketika ditemui Berita Harian, ibu berusia 51 tahun itu juga berkongsi bahawa beliau telah banyak melakukan pengorbanan untuk memberi sokongan dan bantuan terbaik kepada anaknya.



Antara pengorbanan yang dilakukannya ialah berhenti bekerja pada 2017, supaya dapat mendampingi anaknya 24/7 di rumah dan membawanya ke hospital bagi pemeriksaan perubatan.



"Pada mulanya saya hanya mengambil cuti setahun pada 2016. Tetapi dengan keadaannya semakin teruk pada peringkat awal, saya memilih melakukan pengorbanan itu.



"Saya rasa ini adalah sesuatu yang akan dilakukan ramai ibu bapa. Apa-apa pun, saya adalah seorang ibu dahulu dan penjaga utama anak-anak saya.



"Pada masa sama, saya juga kadangkala mengalami krisis identiti dan kehilangan identiti sendiri," ujar Cik Aisha yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus di sebuah badan tidak mencari untung.



Walaupun cintanya terhadap anak-anaknya tidak pernah pudar, Cik Aisha mula menyedari peri penting menjaga kesihatan janka panjang dirinya demi menjaga anaknya.



Beliau mula bergilir-gilir bersama anaknya menjaga anaknya yang sakit, dan switch-off (tidak menghiraukan).



Semasa mengunjungi Institut Kesihatan Mental (IMH) tahun lalu, beliau diperkenalkan kepada sebuah program latihan Caregivers Alliance limited (CAL), sebuah badan tidak mencari untung (NPO) yang berusaha membantu penjaga yang menjaga pesakit kesihatan mental.



Program Caregivers-to-Caregivers (C2C) itu dijalankan selama 12 minggu dan merangkumi topik seperti keadaan kesihatan mental dan otak, ubat dan kesannya bagi pesakit, cara berkomunikasi dengan orang tersayang yang mengalami masalah kesihatan mental, dan memahami proses pemulihan serta daya tahan pesakit mental.



"Bantuan itu datang pada masa yang tepat. Oleh kerana program itu dijalankan oleh sukarelawan penjaga atau individu yang mengalami kesihatan mental, saya dapat mendengar persepektif yang berlainan.



"Ia memberi saya keyakinan bahawa walaupun proses pemulihan anak saya agak sukar, saya perlu memberinya sokongan sepenuhnya.



"Buat kali pertama, saya tidak rasa keseorangan menghadapi cabaran ini," ujar Cik Aisha.



Berharap menyebarkan pengetahuan tentang kesihatan mental, Cik Aisha kini menjalani program C2C.



"Kesihatan mental masih ada stigma dalam masyarakat kita. Mungkin ada ramai penjaga mengalami cabaran yang sama seperti saya.



"Banyak sebenarnya bantuan yang sedia ada untuk kami. Saya harap dapat menjangkau masyarakat kita dan menukar stigma itu supaya kami dapat membantu satu sama lain," ujarnya.




PENGASUH HILANG PENDAPATAN



"Walaupun pengasuh itu mempunyai pendidikan tinggi, mereka mempunyai pendapatan rendah atau tidak ada pendapatan langsung. Daripada kajian ini, kami mendapati terdapat keperluan mengurangkan beban pengasuh ini supaya mereka dapat kembali bekerja dan meraih pendapatan stabil serta mencapai potensi kerjaya mereka... Tanpa bantuan dan cara baru mengatasi skizofrenia, akan menjadi lebih sukar untuk pengasuh wanita berusia bekerja semula dan memperbaiki masalah kewangan mereka."
- Encik Jared Goh, Ketua, Jangkauan & Perkhidmatan Korporat,  Caregiver Alliance Limited (CAL).




PENGASUH KEHABISAN TENAGA 



"Ramai daripada mereka mengalami burn-out (kehabisan tenaga) kerana tidak dapat memberi tumpuan pada diri sendiri atau perkara lain. Walaupun mereka ada peranan menjaga pesakit, pengasuh juga perlu kasih sayang dan bantuan. Lebih banyak masih dapat dilakukan untuk membantu golongan ini, mungkin dari segi kewangan atau sokongan emosi. Sekiranya kita dapat menghulurkan bantuan bagi golongan ini, mereka juga dapat menjaga pesakit itu dengan lebih baik agar mereka dapat pulih secepat mungkin."
- Dr Adrian Wang, pakar psikiatri di Pusat Perubatan Gleneagles.




ADA BANTUAN BAGI PENGASUH 



"Ia memberi saya keyakinan bahawa walaupun proses pemulihan anak saya agak sukar, saya perlu memberinya sokongan sepenuhnya. Buat kali pertama, saya tidak rasa keseorangan menghadapi cabaran ini. Kesihatan mental masih ada stigma dalam masyarakat kita. Mungkin ada ramai pengasuh mengalami cabaran yang sama seperti saya. Banyak sebenarnya bantuan yang sedia ada untuk kami. Saya harap dapat menjangkau masyarakat kita dan menukar stigma itu supaya kami dapat membantu satu sama lain."
- Cik Aisha, ibu enam anak, seorang daripadanya mengalami masalah kesihatan mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >