Penjagaan maya kanak-kanak kian jadi trend, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana3

Penjagaan maya kanak-kanak kian jadi trend

May 03, 2021 | 05:30 AM

SEMASA bekerja sebagai pelakon di London pada 2019, Cik Selma Alkaff turut bekerja sambilan menjaga kanak-kanak.

Beliau mendapati seronok bekerja bersama kanak-kanak hingga sejurus pulang ke Singapura Mei tahun lalu kerana pandemik Covid-19 , beliau terus menjaga anak kliennya - melalui aplikasi Zoom.

Ini setelah beliau menerima mesej daripada bekas kliennya yang memerlukan "rehat" daripada anak-anaknya semasa sekatan pergerakan Covid-19 di England.

Menurut Cik Selma, bekas kliennya itu berkata,"Boleh tak awak tolong jaga mereka setiap hari selama sejam? Saya tak kisah apa awak lakukan. Layan sahaja mereka.".

Cik Selma, warga Singapura berusia 24 tahun yang pernah belajar di Sekolah Seni Singapura dan Sekolah Pertuturan dan Drama Diraja Central di London, bersetuju.

Beliau memulakan tugas itu secara percubaan untuk melihat apa yang diminati dua kanak-kanak itu, yang berusia enam dan tiga tahun. Cik Selma mencipta program dan video yang beliau dapati amat digemari mereka.

Cik Selma berasa teruja apabila kliennya berkata, "Awak betul-betul telah menyelamatkan saya dalam sekatan pergerakan ini... Walaupun cuma sejam sehari, ia amat membantu. Saya boleh menonton televisyen, keluar makan dan tahu bahawa anak-anak saya terjaga."

Beliau kini sedang merakamkan program sains tempatan bagi kanak-kanak, menurut laporan The Straits Times.

Melihat potensi bisnes yang ada, Cik Selma memulakan program The Virtual Babysitter pada Ogos tahun lepas, yang menawarkan penjagaan kanak-kanak dari jarak jauh bagi keluarga di Singapura dan sejauh Britain serta Sweden.

Bayaran beliau bermula daripada $45 bagi sesi cerita selama 45 minit, termasuk pek aktiviti yang dihantar ke rumah kanak-kanak itu terlebih dahulu. Beliau menerima tiga janji emu setiap minggu.

Cik Selma menyertai penjaga kanak-kanak seluruh dunia yang memuncak dalam talian sejak pandemik Covid-19.

Akhbar The Washington Post hingga Forbes telah melaporkan trend ibu bapa penat mengupah penjaga untuk memberikan masa skrin bermakna bagi anak mereka, supaya mereka boleh menghabiskan kerja di rumah dengan tenang atau sekadar menikmati masa untuk diri mereka sendiri.

Berbeza daripada penjaga kanak-kanak tradisional, yang boleh memakan masa berjam, penjagaan maya selalunya memakan masa sejam dan ia sesuai bagi kanak-kanak yang cukup dewasa bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan penjaga di skrin, selalunya dalam lingkungan umur empat tahun. Ibu bapa boleh memilih menyertai anak mereka di ruang sama.

Penjaga biasanya melibatkan kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti, termasuk bermain permainan, membaca buku, mewarna dan membuat kraf. Bahkan ada membantu membuat kerja sekolah.

Cik Selma, yang pernah menjaga kanak-kanak sekecil dua setengah tahun, berkata dengan adanya ibu bapa, agak sukar baginya melibatkan kanak-kanak.

Seorang budak perempuan berusia empat tahun amat pemalu hingga beliau perlu mengubah posisi kamera ke arah siling. "Saya tidak pernah menerima penolakan sebegitu rupa sebelum ini," ujar Cik Selma.

Beliau kemudian mendapati budak itu gemar muzik dan selepas itu dia mula selesa dengannya dan petah bercerita.

Ada ibu bapa mungkin berasa risau mendedahkan anak mereka kepada masa skrin lama bersama penjaga maya, namun Cik Selma menyangkalnya dengan berkata masa skrin itu penting kerana kanak-kanak berasa seronok, teruja dan terlibat, dibandingkan dengan hanya menonton secara pasif.

Seorang warga Singapura, Cik Veronica Cain, 42 tahun, setuju. Beliau menempah khidmat Cik Selma tahun lepas kerana anak lelakinya, Douglas, lima tahun, dan Duncan, empat tahun, gemar sesi bercerita, tetapi tidak dapat menghadiri ia di perpustakaan di sini dek Covid-19.

Cik Veronica rasa teruja melihat Cik Selma melakar aktiviti pek menarik bagi anak-anaknya, merangkumi poster dinosaur kecil dengan wajah anak-anaknya yang ditindih pada poster itu dan sebagainya.

"Mereka amat menggemarinya kerana ia amat interaktif," ujar Cik Veronica, yang berkata beliau tidak mempunyai buat diri sendiri.

"Kanak-kanak tidak dapat duduk diam dan goyang kaki kerana aktiviti itu amat menyeronokkan, membolehkan ibu bapa mengambil gambar mereka," ujar guru sekolah menengah itu, yang masih menempah sesi janji bersama Cik Selma.

Menyifatkan ia sebagai "wang yang dibelanjakan dengan baik", Cik Veronica melihat ia dari lensa berlainan.

"Saya mahu anak lelaki saya menggunakan imaginasi mereka. Saya mahu mereka berasa seronok dengan buku, dan saya rasa ini merupakan suatu wadah sesuai,"

Seorang lagi warga Singapura, Cik Syra Gulam, 31 tahun, menempah dua sesi bersama Cik Selma tahun lalu bagi anak perempuannya.

"Satu kebaikannya ialah ia boleh dilakukan di mana sahaja," ujar Cik Syra. Ini lebih baik daripada perlu menghantar anaknya ke tempat itu sekali gus membolehkannya melakukan tugas menghantar e-mail bagi bisnes kecantikannya.

Dia juga menghargai apabila Alya, tujuh tahun, dan Azra, lima tahun, belajar perkara baru apabila mereka dilibatkan bersama penjaga maya mereka, misalnya apabila mereka belajar bahawa sotong mempunyai lapan tentakel.

Cik Syra menasihati ibu bapa agar berhati-hati dan "lebih berwaspada akan mereka yang melibatkan diri bersama anak, kerana bimbang ia bukan sekadar sesi bercerita cuma - namun sesi interaktif".

Cuma anak perempuannya amat gemar akan sesi-sesi itu, mereka berasa "ya, ia tidak mencukupi". - Petikan daripada THE STRAITS TIMES

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map