Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Perbincangan rancang penjagaan anggota keluarga keperluan khas

Jul 23, 2021 | 05:30 AM



KELUARGA Muslim yang mempunyai ahli keluarga berkeperluan khas boleh mengikuti perbincangan mengenai skim bantuan kewangan bagi merancang penjagaan jangka panjang ahli keluarga tersebut Isnin ini.



Syarikat Amanah Keperluan Khas (SNTC) akan mengadakan sesi perbincangan dalam talian dengan tujuan meningkatkan kesedaran keluarga Muslim mengenai kepentingan dan cara melakukan perancangan awal bagi anggota keluarga mereka yang berkeperluan khas.



Topik-topik yang dibincangkan merangkumi perancangan wasiat menurut undang-undang Islam dan bagaimana Skim Dana Amanah Keperluan Khas dan Skim Simpanan Keperluan Khas (SNSS) dapat membantu keluarga berkenaan.



Orang ramai boleh mendaftar bagi sesi perbincangan ini dengan menghubungi talian 6278-9598 atau mengirim nama penuh dan butiran kontak ke alamat berikut: enquiries@sntc.org.sg.



Sesi dalam bahasa Inggeris itu akan berlangsung pada Isnin, 26 Julai, dari 12 hingga 1 tengah hari.



Skim SNTC itu adalah kerjasama antara Muis dengan SNTC bagi menawarkan bantuan kewangan kepada keluarga Muslim yang menjaga seorang penerima bantuan khas.



Dalam catatannya di Facebook, SNTC berkata:



"Jika anda merupakan seorang penjaga bagi seorang Muslim yang memerlukan bantuan khas, anda mungkin risau jika perlu merancang penjagaan mereka pada masa depan dan juga kemaslahatan mereka.



Muis pula berkata dalam catatannya: "Dengan membantu keluarga yang layak, ia bertujuan menjaga keperluan jangka panjang bagi orang yang mereka sayangi.''




CARA DAFTAR SERTAI SESI PERBINCANGAN



Acara: Sesi Perbincangan dalam talian: Merancang bagi penjagaan Muslim berkeperluan khas.



Tarikh: Isnin, 26 Julai 2021



Waktu: 12 hingga 1 tengah hari



Untuk mendaftar:

- Hubungi: 6278-9598

- E-mel nama penuh dan butiran kontak kepada enquiries@sntc.org.sg.

- Pendaftaran berakhir 23 Julai

- Butiran lanjut: www.facebook.com/events/343598450657877/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >