Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Perlu lebih dialog, wadah tingkat kesedaran kesihatan mental

Isu kesihatan mental kian menjadi tumpuan dengan perangkaan menunjukkan bahawa statistiknya agak membimbangkan lebih-lebih lagi pascapandemik Covid-19. Bagi meningkatkan kesedaran ramai mengenai isu yang agak sensitif ini, satu inisiatif #BetterTogether telah diperkenalkan. BERITA HARIAN membincangkan isu itu dengan lebih terperinci dalam podcast terkini #NoTapis. Wan Rizal: Doktor keluarga, poliklinik, teman, keluarga terdekat antara orang pertama boleh kesan masalah
May 30, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak perbincangan dan titik sentuh perkhidmatan atau wadah bantuan diperlukan untuk meningkatkan kesedaran ramai tentang isu kesihatan mental, tegas Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



Menurutnya titik sentuh perkhidmatan itu boleh termasuk bantuan daripada doktor keluarga, poliklinik, kursus di peringkat sekolah dan kemahiran mengenal pasti teman atau keluarga terdekat yang menghidapi kesihatan mental.



"Campur tangan pertama atau bantuan kecemasan yang pantas, akan dapat membantu mereka yang mengalami kesihatan mental.



"Bagi saya jika seseorang tidak mempunyai kesihatan mental yang baik, ia akan menjejas kesihatan fizikal dan juga kerohanian mereka," katanya.



Beliau berkata demikian semasa satu sesi podcast #NoTapis anjuran Berita Harian baru-baru ini.



Dalam podcast tersebut, isu mengenai kesihatan mental telah dibincangkan dan usaha yang dijalankan untuk memerangi stereotaip mengenai isu tersebut.



Dr Wan merupakan antara peneraju bagi inisiatif Parti Tindakan Rakyat (PAP), #BetterTogether, yang bertujuan meningkatkan kesedaran selain merangsang tindakan bersama mengenai kesihatan mental di Singapura.



Inisiatif itu diperkenal menyusuli satu kajian yang melibatkan 607 rakyat Singapura dan telah dijalankan oleh sayap belia PAP iaitu PAP Muda, yang menunjukkan bahawa lebih daripada 70 peratus peserta merasakan bahawa kurangnya kesedaran mengenai isu yang berkaitan dengan kesihatan mental.



Di samping itu, lebih daripada 70 peratus tidak merasakan mereka dilengkapi dengan kemahiran untuk membantu atau menyokong seseorang yang sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental.



Mengongsi pandangannya, Dr Wan berkata beliau terpanggil untuk memperjuangkan isu tersebut di Parlimen kerana pengalaman peribadinya sebagai seorang ahli bomba dahulu.



"Kalau kita dapat panggilan malam-malam selalunya jarang mengenai kebakaran.



"Sebaliknya ia merupakan panggilan kerana ada orang yang ingin terjun bunuh diri.



"Namun kebanyakan daripada mereka yang ingin melakukan demikian hanya mahukan seseorang untuk mendengar rintihan mereka," ujarnya.



Meski akur bahawa ada banyak kumpulan yang memperjuangkan isu kesihatan mental tetapi kebanyakan daripadanya melakukannya secara persendirian.



Justeru dengan inisiatif #BetterTogether ini, diharapkan agar usaha menggembleng tenaga bersama dapat dilaksanakan untuk sama-sama memahami isu ini dengan lebih dekat lagi.



Beliau turut menambah jika lebih ramai orang yang sedar atau prihatin mengenai isu ini, mereka dapat memainkan peranan sebagai 'responder' pertama jika mengetahui sesiapa di sekeliling mereka yang memerlukan bantuan berhubung kesihatan mental.



"Jika misalnya mereka ketahui ada kawan yang sudah pun menunjukkan tanda-tanda mengalami kesihatan mental seperti mencalarkan sendiri diri mereka, ini merupakan satu petanda utama bahawa kawan itu memerlukan bantuan.



"Jika bantuan awal diberikan, kita akan dapat membantu daripada keadaannya melarat atau menjadi semakin teruk. Ini kerana daripada sekadar calar, individu itu akan mula menggunakan cara lain seperti menggunakan pisau atau juga membunuh diri untuk mengakhiri rasa sakit yang mereka alami," ujarnya.



Selain daripada Dr Wan, Ustazah Liyana Musfirah, pengasas Liyana Musfirah Network (LMN), dan personaliti Haryani Othman yang juga merupakan pemilik syarikat MakBesar Pte Ltd, turut diundang bagi sesi podcast itu.



Menyokong usaha bersama itu yang dilakarkan PAP itu, Ustazah Liyana berkata ia akan membolehkan mereka yang terlibat dalam memperjuangkan isu ini untuk memanfaatkan sumber dan kepakaran antara satu sama lain.



Ini kerana pendekatan yang perlu diambil dan diberikan kepada mereka yang mengalami kesihatan mental berbeza-beza antara satu individu dengan individu yang lain.



"Mungkin ada yang berpendapat agama boleh membantu golongan ini dengan sering mengingati Allah swt.



"Ia mungkin berhasil bagi sesetengahnya tetapi tidak semua kerana ada yang berpendapat, jika Allah swt yang memberikan mereka sakit ini mengapa perlu balik kepada-Nya untuk mendapatkan bantuan.



"Justeru pendekatan lain perlu diambil," katanya yang turut menubuhkan cabang terapi di bawah LMN, Hayaa' Network.



Beliau turut menggesa agar lebih prihatin tentang kata-kata dan pendekatan yang diambil apabila berdepan dengan seseorang yang mengalami kesihatan mental.



"Jika ucapkan kekata yang salah, tanpa disedari ia boleh mengundang rasa tidak diingini dalam diri mereka yang mengalami kesihatan mental sehingga boleh mendorong mereka melakukan sesuatu di luar dugaan.



"Daripada apa yang saya pelajari, pendekatan terbaik ialah sekadar duduk di sebelah mereka dan mengurut-urut tangan atau bahagian belakang badan mereka untuk menenangkan mereka," katanya lagi.



Selebriti Haryani Othman yang pernah bergelut dengan masalah kesihatan mental turut mengongsi pengalamannya dalam podcast itu termasuk bibit-bibit di mana beliau membelah perutnya sendiri dan juga tindakan melulu yang diambil untuk menggantung dirinya sendiri di dalam biliknya.




RENCANA PERLU BANTUAN AWAL



"Campur tangan pertama atau bantuan kecemasan yang pantas, akan dapat membantu mereka yang mengalami kesihatan mental.



Bagi saya jika seseorang tidak mempunyai kesihatan mental yang baik, ia akan menjejas kesihatan fizikal dan juga kerohanian mereka."



- Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



BERGANTUNG KEPADA AGAMA SAJA?



"Mungkin ada yang berpendapat agama boleh membantu golongan ini dengan sering mengingati Allah swt. Ia mungkin berhasil bagi sesetengahnya tetapi tidak semua kerana ada yang berpendapat, jika Allah swt yang memberikan mereka sakit ini mengapa perlu balik kepada-Nya untuk mendapatkan bantuan. Justeru pendekatan lain perlu diambil."



- Ustazah Liyana Musfirah, pengasas Liyana Musfirah Network (LMN).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >