Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Persiapan ke Darjah 1: Bimbing anak bersikap positif terhadap pembelajaran

Jul 25, 2022 | 05:30 AM



RAMAI ibu bapa meminta pandangan saya sebagai seorang bapa dan juga sebagai seorang pendidik tentang cara yang mencukupi untuk menyediakan anak-anak mereka bagi peringkat sekolah rendah.



Ramai yang bimbang sekiranya anak-anak mereka tidak dapat mengurus, apa yang mereka anggap, sebagai peningkatan jangkaan semasa Darjah 1, terutamanya dari segi bahasa dan matematik.



Terdapat juga satu trend ibu bapa yang "terlalu menyediakan" anak-anak mereka kerana kebimbangan sebegitu.



Ada yang mengamalkan intervensi awal atau permulaan awal kerana bimbang anak-anak mereka mungkin ketinggalan daripada rakan sebaya mereka.



Sesetengah kanak-kanak ini berumur seawal 18 bulan dan mereka telah didaftarkan di pusat pengayaan yang mempunyai tumpuan kuat terhadap akademik.



Saya juga pernah dengar tentang ibu bapa yang menghantar anak mereka ke satu tadika pada waktu pagi dan kemudian membawa mereka ke tadika lain untuk sesi petang.



Daripada pengalaman saya sendiri sebagai seorang bapa, saya telah berkongsi bahawa anak-anak saya baik-baik saja walaupun mereka tidak mengambil kegiatan tambahan sebelum memasuki sekolah rendah.



Kesemua lima anak saya bersekolah di tadika dalam tempoh dua tahun sebelum memasuki sekolah rendah. Program yang mereka sertai merupakan program setengah hari yang berlangsung selama tiga hingga empat jam sehari.



Isteri saya, yang mungkin telah dipengaruhi oleh rakan-rakannya, mendaftarkan anak-anak perempuan kami untuk pelajaran pengayaan bahasa pada hujung minggu.



Saya tidak menyokong perkara itu kerana saya rasa apa yang mereka pelajari di tadika sudah memadai.



Beberapa minggu kemudian, isteri saya memberhentikan anak-anak perempuan kami daripada kelas tersebut. Saya rasa beliau menjadi letih kerana kerumitan untuk membawa mereka ke kelas.



Mungkin juga anak-anak perempuan kami bukan sahaja merungut (mengetahui bapa mereka tidak menyokong kelas sebegini), tetapi mereka seperti tidak mendapat faedah yang ketara daripada kelas yang mereka hadiri itu.



Dari perspektif seorang pendidik, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.



Rangka kurikulum prasekolah Kementerian Pendidikan (MOE) menetapkan matlamat pembelajaran bagi perkara yang kanak-kanak sepatutnya boleh lakukan pada akhir pendidikan prasekolah mereka.



Ini akan membantu dalam peralihan yang lebih lancar untuk mereka ke sekolah rendah.



Sebagai contoh, satu matlamat ialah mereka harus menunjukkan pemahaman dan menggunakan nombor dalam kehidupan harian.



Bagi bahasa Inggeris pula, mereka harus bercakap dengan lancar untuk menyampaikan maksud dan untuk mendengar maklumat. Mereka juga seharusnya boleh membaca dan menulis ayat mudah.



Apa yang penting diperhatikan ialah kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan dan kesediaan akademik yang berbeza-beza.



Jika mereka tidak boleh melakukan semua perkara ini, tidak mengapa.



Apabila mereka memasuki sekolah rendah, guru akan membantu mereka untuk meningkatkan daya pemahaman mereka supaya setanding dengan rakan-rakan mereka.



Dengan penyingkiran penilaian dan peperiksaan untuk Darjah 1 dan Darjah 2 di semua sekolah, guru-guru akan dapat mempercepat pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.



Mereka boleh mengajar kanak-kanak dari titik permulaan dan tahu kadar perkembangan murid-murid dengan menyesuaikan cara mereka mengajar dan cara memberikan sokongan tambahan.



Penyelidikan menunjukkan bahawa jika kanak-kanak belajar melebihi kemampuan mereka, terutamanya apabila mereka terpaksa belajar dengan cara yang tidak sesuai dengan mode pembelajaran mereka, ini akan melemahkan motivasi mereka.



Kanak-kanak yang terlalu sedia untuk sekolah rendah, terutamanya dalam bidang akademik, akan rasa bosan di dalam kelas dan akan menarik diri, terutama sekali jika mereka tidak berusaha membina hubungan yang positif bersama rakan sekelas mereka.



Perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menyediakan anak-anak mereka ke sekolah rendah adalah memperkaya pengalaman anak-anak mereka di luar prasekolah dengan menggalakkan mereka menemui minat yang baru dan memupuk rasa ingin tahu dalam diri mereka.



Penting juga bagi kanak-kanak mempunyai kemahiran sosial-emosi yang boleh mereka gunakan apabila mereka beralih ke persekitaran sekolah rendah. Apa yang lebih penting ialah kesediaan mereka menerima kanak-kanak lain yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza.



Rangka kurikulum prasekolah MOE juga menggariskan bahawa menjelang akhir prasekolah, kanak-kanak harus mempunyai kemahiran asas untuk menguruskan emosi mereka sendiri, mengamalkan disiplin diri dan mempunyai tanggungjawab peribadi.



Mereka juga harus dapat menunjukkan sikap empati dan rasa hormat terhadap orang lain, dan bekerja dan bermain bersama dengan rakan sebaya mereka.



Ibu bapa boleh bekerjasama dengan guru prasekolah anak-anak mereka untuk membentuk dalam diri anak-anak, sikap positif terhadap pembelajaran.



Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pembelajaran yang positif dan keyakinan diri akan terus mengembangkan kemahiran bahasa yang lebih kukuh.



Kanak-kanak yang lebih bersemangat untuk mula bersekolah akan melakukan lebih baik dalam membaca dan subjek matematik. Pembelajaran sosial-emosi mereka adalah peramal yang lebih baik bagi hasil pelajar, kejayaan sekolah dan perkembangan pembelajaran.



Daripada menghantar anak-anak untuk pelajaran pengayaan bagi membangunkan pembelajaran sosial-emosi, ibu bapa boleh mempertimbang meluangkan masa yang bermutu dengan mereka sahaja.



Dengan mengadakan interaksi yang bermutu, bercakap dengan mereka dan membuat mereka meluahkan perasaan, ibu bapa akan memberi keyakinan dan rasa ingin tahu kepada anak-anak mereka untuk belajar. Mereka menyediakan permulaan yang kukuh untuk anak-anak mereka supaya lebih bersedia untuk ke sekolah rendah.




► Rencana ini kali pertama diterbitkan di akhbar 'The Straits Times'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >