Sempena bulan Ramadan, SingPost telah menganjurkan acara berbuka puasa dalam talian yang dihadiri lebih 100 anggota pasukan SingPost, kebanyakannya merupakan pekerja Muslim barisan hadapan termasuk posmen dan kakitangan pejabat pos. Mereka bukan sahaja terdiri daripada pekerja Singapura, tetapi juga pekerja Malaysia yang sudah sekian lama belum kembali ke tanah air mereka. Wartawan BERITA HARIAN menyorot kisah beberapa pekerja Malaysia ini.
Panggilan video ubat rindu ayah ibu