Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Program bantu kenal pasti masalah dalam kalangan pelajar

Oct 08, 2021 | 05:30 AM



USIANYA baru 15 tahun namun tidak menghalang Muhammad Danial Mohamad Rizuan daripada memainkan peranan besar sebagai 'mata' dan 'telinga' bagi guru di sekolahnya.



Digelar Pemimpin Sokongan Rakan Setara (PSL), Muhammad Danial bertindak mengenal pasti sebarang tanda kecemasan dalam kalangan pelajar, mendengar rintihan mereka serta mengumumkan kepada golongan dewasa yang boleh dipercayai sekiranya perlu.



Ternyata peranan besar yang dimainkan pelajar menengah tiga Sekolah Menengah Queenstown itu telah sedikit sebanyak membantu guru mengenal pasti sebarang masalah dalam kalangan pelajar. Sekiranya Danial dan juga PSL yang lain memerlukan nasihat atau bimbingan dalam situasi yang mencabar, mereka boleh merujuk guru-guru mereka.



"Tanggungjawab yang saya pikul ini mengingatkan saya bahawa saya juga boleh mendampingi rakan yang memerlukan, menjadi tempat mengadu dan memberitahu mereka bahawa ada rakan yang bersedia mendengar masalah mereka.



"Saya rasa program ini memberi manfaat kepada saya juga kerana saya dilengkapi kemahiran untuk lebih bersifat ihsan kepada rakan yang menghadapi sebarang isu, baik secara fizikal atau menerusi dalam talian seperti isu buli siber. Dan saya juga dapat mengenal pasti tanda mereka yang bermasalah," katanya.



Antara lain, dia pernah mendekati rakan yang berhadapan dengan masalah keluarga dan persahabatan.



Meskipun tidak rapat, Muhammad Danial telah berkongsi cara bagi rakannya menenangkan fikirannya dan mengajak rakannya itu mengulang kaji pelajaran bersama.



"Kini, saya perhatikan rakan saya itu lebih kerap dan gemar datang ke sekolah, dan itu juga membuat saya gembira," jelasnya.



Usaha Sokongan Rakan Setara di Sekolah Menengah Queenstown yang diperkenal pada 2018 menganjurkan pembelajaran dan pelbagai kegiatan dengan pelajar bagi melengkapi mereka dengan strategi berdaya tahan.



Antara lain, PSL juga berpeluang merancang dan melaksana program peningkatan kesedaran mengenai kesejahteraan siber, kesihatan mental dan keperluan pendidikan khas dalam kalangan pelajar.



Semasa musim peperiksaan, PSL akan mengambil peluang untuk berkongsi teknik pengurusan tekanan bersama pelajar lain, dengan mengingatkan mereka agar mengamalkan sikap menjaga diri semasa membuat persiapan peperiksaan.



Menurut guru Sokongan Rakan Setara sekolah itu, Cik Farhati Ahmad, 49 tahun:



"Berdasarkan maklum balas positif, sekolah kami telah melaksanakan sokongan berstruktur kepada semua pelajar tahun ini. Ini agar semua pelajar akan saling menjaga satu sama lain."



Cik Farhati yang juga guru pakar Pendidikan Sikap dan Kewarnegaraan (CCE) di Sekolah Menengah Queenstown, telah ditugaskan melatih Duta Kesejahteraan Siber di sekolahnya untuk turut memainkan peranan PSL.



Program rakan setara turut diperkenal di institusi pengajian tinggi seperti di Politeknik Singapura (SP).



Pelajar tahun kedua jurusan Diploma dalam Penulisan Kreatif dan Media Baru, Cik Yusraa Zulkarnain, 18 tahun, antara yang menyertai Kelab Sokongan Rakan Setara di SP.



Cik Yusraa percaya bahawa struktur sokongan rakan setara yang sedia ada di SP telah membantu membangunkan sebuah masyarakat yang berempati, dilengkapi dengan kemahiran menyokong rakan yang memerlukan agar golongan tersebut dapat didengar.



Dia antara lain telah menjalani sesi latihan dua hari anjuran Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menerusi SP sebagai persiapan mandatori sebelum menjadi anggota Kelab Sokongan Rakan Setara dan dapat menerapkan apa yang dipelajari dalam kehidupannya.



"Salah seorang rakan baik saya telah mengelak daripada mengikuti kegiatan sosial, tidak selera makan dan mudah rasa marah.



"Saya cuba mendekatinya dan dia kemudian berkongsi masalah yang dihadapinya. Saya mendengar dan kemudian menggalaknya mendapatkan sokongan.



"Syukur dalam tempoh dua hingga tiga minggu, dia mendapatkan bantuan profesional dan kini lebih yakin," ujarnya.



Menurut Cik Yusraa, dia menyertai kelab tersebut berdasarkan pengalamannya sebagai pelajar yang turut menghadapi perasaan cemas apabila berada dalam sekitaran sosial.



"Saya juga perhatikan dan mendengar rintihan sesetengah kenalan remaja yang saya kenali berhadapan dengan isu kesejahteraan mental.



"Ternyata ini masalah yang membelenggu ramai belia pada masa ini dan ini membuat saya... ingin tahu bagaimana saya mampu ringankan masalah yang mereka hadapi," kata anak sulung dua beradik itu.



  • Rencana ini dibawakan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).

INFOGRAFIK: Masyarakat yang prihatin & diperkasa Lingkaran sokongan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >