Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Program diperkenal Hospis Dover Park berjaya tarik 14 pesakit

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH program yang menyelaras dan menawarkan terapi pemulihan tertumpu kepada pesakit peparu yang diperkenal Hospis Dover Park (DPH) sejak Januari tahun lalu telah menarik seramai 14 pesakit sejauh ini.



Program Restitutif Penyepaduan Sokongan Pemerkasaan (Rise), yang masih pada peringkat perintis ini bertujuan memperbaiki mutu kehidupan pesakit sedemikian.



Ia merupakan kerjasama antara DPH, Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dengan Hospital Ren Ci bagi menghasilkan satu sistem eko jagaan yang menghubungkan hospital akut, hospis dan hospital masyarakat.



Program 12 minggu itu menumpukan kepada usaha memperkasa individu yang menghidap penyakit peparu bukan barah seperti peparu obstruktif kronik (COPD), penyakit peparu interstisial (ILD), dan bronkitis.



Ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna, sedang penyakit mereka terus berlanjutan, dan mereka mengalami kesukaran pernafasan.



Ia melibatkan kerjasama satu pasukan berbilang disiplin yang terdiri daripada seorang doktor, jururawat, pekerja sosial perubatan, kaunselor kerohanian, pakar terapi pekerjaan dan pakar fisioterapi di Jagaan Hari Dover Park.



Sejauh ini, sekitar 35 peratus klien telah selesai menjalaninya.



Dalam e-melnya kepada Berita Harian (BH), Pengarah Perubatan DPH, Dr Mervyn Koh, berkata:



"Sambutan terhadap program itu secara umumnya positif dengan pesakit melaporkan kawalan gejala yang lebih baik, mampu berjalan lebih jauh dan mempunyai pengetahuan menguruskan perubatan serta keadaan kesihatan mereka dengan baik.



"Dengan program ini masih dalam fasa perintis, kami sedang memantau untuk meluaskannya kepada sekitar 30 pesakit pada tahun ini agar ia dapat dimanfaatkan lebih ramai pesakit dalam kumpulan ini.



"Ini agar mereka dapat uruskan gejala mereka dengan lebih baik semasa di rumah dengan sokongan masyarakat."



Program itu menyediakan sokongan menyeluruh (kejururawatan, pemulihan dan psikososial) bagi klien dan penjaga dengan hasil berikut:



  • Memperkasa sikap mengurus diri sendiri bagi meredakan kesukaran bernafas dan keresahan.

  • Mengoptimumkan fungsi fizikal menerusi pemulihan pulmonari.

  • Psikososial khusus dan sokongan penjaga.

  • Integrasi semula dalam masyarakat dan ruang hidup.

Mereka yang menyertai program ini perlu menghadiri jagaan hari Dover Park sebanyak tiga kali seminggu (Isnin, Rabu dan Khamis) dari 9 pagi hingga 3 petang.



Setiap hari, mereka akan terlibat dalam sesi senaman berkumpulan terdiri daripada aerobik, daya tahan dan senam fleksibiliti atau latihan litar berfungsi.



Mereka juga akan terlibat dalam kegiatan riadah sosial, sesi pendidikan mengenai keadaan serta kesukaran pernafasan mereka, kaunseling dan sokongan psikososial.



Di bawah sokongan perubatan dan kejururawatan, doktor akan menyediakan semakan perubatan dengan perubahan kepada keadaan mereka, selain penyesuaian kepada perubatan klien.



Jururawat akan membuat susulan dan pemantauan terhadap gejala, menyemak dan memperkukuh penggunaan ubat yang diberi, serta mendidik dan memantau diet selain pemakanan sihat peserta.



Dalam sokongan pemulihan, pakar fisioterapi menganjurkan sesi senaman berkumpulan dan latihan litar, disesuaikan kepada kemampuan setiap klien bagi membiasakan mereka berlatih bernafas.



Sedang pakar terapi pekerjaan pula menawarkan sokongan dalam menyemak semula klien serta kegiatan mereka di rumah.



Sementara itu, pekerja sosial perubatan pula akan menawarkan kaunseling kepada klien, sikap mereka terhadap pengurusan diri sendiri, jagaan kerohanian, isu kewangan dan lain-lain lagi.



Pekerja sosial perubatan juga akan berhubung rapat dengan penjaga selain menawarkan sokongan kepada penjaga.



Sesi pendidikan berkaitan topik-topik penting yang pelbagai untuk kumpulan individu ini dianjurkan setiap profesional dalam bidang kepakaran masing-masing, katanya dalam e-mel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >