Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEKITAR RAMADAN

Projek Habuan bagi penduduk kurang mampu

Apr 22, 2021 | 05:30 AM



USAHA murni sekumpulan warga pelbagai kaum dan agama menjalankan Projek Habuan dengan menyediakan 1,350 kampit barang makanan telah menyerikan lagi sambutan Ramadan di sini.



Lebih menyerlahkan lagi, lebih 70 orang yang tampil menyumbang tenaga bagi mempersiapkan dan mengagihkan kampit habuan ini terdiri daripada pelajar dan sukarelawan mewakili Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints; San Yu Adventist School; Gereja The Seven Day Adventist; Kuil Shree Lakshminarayan; Perkumpulan Seni; Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Cairnhill dan Pek Kio.



Pengerusi MAEC Kelab Masyarakat Cairnhill, Encik Ramlan Rasidi memberitahu Berita Harian:



"Projek Habuan yang dianjurkan bagi kawasan undi MoulmeinCairnhill (MOCA) ini merupakan sebahagian daripada usaha GRC Tanjong Pagar dan SMC Radin Mas bagi mendekati dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat beragama Islam di kawawasan ini sempena Ramadan ini."



Pek-pek habuan mula dibahagi-bahagikan kepada penduduk di kawasan undi MoulmeinCairnhill (MOCA) di Owen Road berdekatan Serangoon Road pada 17 April lalu dan pembahagian akan disambung semula pada hujung minggu ini bagi penduduk di Jalan Bukit Merah dan mereka yang di Redhill Close dan Telok Blangah Crescent (25 April).



Setiap satu kampit habuan berisi barangan berikut: satu botol sos cili; satu tin susu pekat; satu kilogram gula; 500 gram garam; satu liter susu penuh lemak; lima paket mi segera; dan sekotak kurma.



Encik Ramlan menambah beliau amat menghargai sokongan yang diberikan setiap orang yang menjayakan projek ini.



"Melihat ramai yang tampil untuk membantu dalam kerja-kerja sukarela ini dan menjayakan projek ini adalah membanggakan.



Menurut beliau idea bagi projek ini dicetuskan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, yang juga merupakan Anggota Parlimen bagi GRC Tanjong Pagar.



"Saya amat berbesar hati dan bangga dengan para sukarelawan yang hadir daripada pelbagai kaum dan agama yang telah bekerjasama memberikan masa dan tenaga dalam projek ini.



"Terima kasih terutama sekali pada Profesor Sean Rozario dari Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) MOCA yang telah mengumpulkan para sukarelawan dari gereja, sekolah dan kuil.



"Terima kasih juga pada ahli Perkumpulan Seni serta pemimpin akar umbi dari Cairnhill CC dan Pek Kio CC, walaupun mereka berpuasa, mereka hadir untuk bersama sama menjayakan projek ini," kata Encik Ramlan, yang merupakan pengerusi bersama projek ini bersama-sama Profesor Rozario.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >