Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Rawatan suntikan jaya kurangkan kematian 12%

Mar 26, 2022 | 06:35 AM



PENGGUNAAN rawatan Agonis GLP-1 didapati berupaya mengurangkan kematian sebanyak 12 peratus dan 11 peratus bagi kemasukan ke hospital disebabkan kegagalan jantung.



Penilaian ini dirumuskan hasil daripada lapan ujikaji klinikal melibatkan lebih 60,000 pesakit yang mengalami penyaki kencing manis jenis dua yang juga disebut 'Diabetes Type 2'.



Dapatan ini dikongsikan Konsultan Kanan Kardiologis, Pusat Perubatan Mount Elizabeth (Singapura), Dr Michael Macdonald, dalam wawancaranya dengan akhbar ini.



Menerusi ujikaji klinikal untuk kegemukan melampau atau 'obese' pula, purata kadar kehilangan berat badan adalah di antara 8 dengan 15 peratus, dengan purata kehilangan berat badan dalam satu ujikaji mencecah 15.3kg dalam masa 68 minggu.



"Mengikut pengalaman klinikal saya sendiri, keputusan terbaik bagi pesakit yang dirawat dapat dicapai apabila mereka sendiri benar-benar terdorong untuk mengurangkan berat badan, dan sedia menggabungkan rawatan perubatan dengan senaman, strategi penyesuaian sikap dan sekatan pemakanan.



"Salah seorang pesakit terbaru saya mampu mengurangkan berat badan dari 77kg kepada 60kg dalam masa lima bulan. Saya harus menyatakan juga bahawa kaedah rawatan ini tidak berjaya untuk semua dan saya punya profil (pesakit) serupa yang gagal menurunkan berat berat semasa menggunakan GLP-1, atau tidak berupaya mengatasi kesan sampingan ke atas mereka.



"Untuk pesakit sebegini, kami melihat pada strategi pengurangan berat badan yang lain," terangnya dan menyatakan bahawa kaedah rawatan agonis GLP-1 ini hanya disediakan secara preskripsi doktor sahaja.



Menurut Dr Macdonald, seseorang doktor akan membuat penilaian klinikal ke atas pesakit dan mungkin mengambil beberapa ujian darah sebelum memulakan rawatan.



"Ia tidak sesuai untuk semua orang kerana mereka selalunya memerlukan pesakit melakukan suntikan secara sendiri, dan ini boleh dikaitkan dengan ganguan gastrousus (yakni berkaitan dengan perut dan usus)," ujarnya lagi.



Ditanya tentang bahaya pengambilan agonis GLP-1 tanpa pemantauan perubatan yang sesuai, dan apakah akan berlaku jika ubat ini diberikan kepada mereka yang tidak gemuk, doktor pakar ini ubat-ubatan yang digunakan hanya dikaji ke atas pesakit yang mengalami kegemukan melampau dan pesakit yang mengalami kencing manis atau diabetik.



"Ia boleh menimbulkan kesan sampingan, terutamanya gastrousus seperti rasa mual, muntah dan cirit-birit. Ia boleh juga menyebabkan pankreatitis, meskipun jarang berlaku. Ubat ini tidak harus diambil oleh pesakit yang tidak memenuhi kriteria klinikal kerana kesan ke atas mereka tidak diketahui," terangnya.



Apakah seseorang masih perlu bersenam dan mengira kalori jika mengambil agonis GLP-1?



"Apabila digunakan untuk kesan pengurangan berat badan, adalah perlu untuk pesakit bersenam dan menyukat pengambilan makanan mereka. Ubat-ubatan hanyalah untuk memudahkan sahaja pengurangan berat badan dengan membuat seseorang berasa kenyang dan mengurangkan selera makan.



"Ia tidak akan berkesan jika anda terus makan seperti biasa dan tidak bersenam," katanya terus terang dan menambah, senaman adalah penting bagi setiap pesakit kencing manis kerana ia membantu mengurangkan tentangan insulin, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan kawalan glukos dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.



Dari segi pemakanan pula, adalah penting pesakit mengawal kandungan paras gula yang tinggi dan HbA1c dalam diri pesakit.



HbA1c jelasnya, menunjukkan paras gula dalam darah atau glukos yang dikaitkan dengan protein haemoglobin, yang membawa oksigen ke seluruh badan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >