Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Raya lebih ceria bagi 2,000 keluarga susah dengan agihan bahan makanan

May 13, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 2,000 keluarga susah di sini menerima sumbangan daging mentah dan bahan makanan lain untuk disajikan sebagai hidangan Hari Raya menjelang Syawal ini.



Sumbangan pek makanan 'Meat-for-Eid' ini diagihkan oleh Jamiyah Singapura pada Sabtu, 8 Mei lalu.



Pek itu merangkumi dua kilogram daging, dua ekor ayam, satu kilogram beras basmati, satu paket ketupat segera, satu paket pes rendang dan satu paket serondeng.



Inisiatif tahunan ini bertujuan memberikan bahan masakan kepada penerima supaya mereka dapat menyajikan juadah Hari Raya untuk dimakan bersama keluarga.



Pengagihan tersebut diadakan di lapan kawasan undi - GRC West Coast (Telok Blangah dan Dover), GRC Ang Mo Kio (Kebun Baru), GRC Sembawang (Canberra), GRC East Coast (Bedok dan Siglap), GRC Tanjong Pagar (Queenstown), GRC Jalan Besar (Whampoa) dan SMC Bukit Panjang - tahun ini.



Ia telah bermula sejak 3 Mei lalu.



Tahun lalu, 1,000 pek makanan diagihkan kepada penerima di lima kawasan undi.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman, turut hadir di Kelab Masyarakat Siglap pada petang Sabtu lalu untuk membungkus dan mengagihkan 150 pek 'Meat-for-Eid'.



Makanan buka puasa juga diagihkan kepada penerima.



Mengulas mengenai kenaikan jumlah penerima 'Meat-for-Eid' tahun ini, Dr Maliki berkata:



"Sejak setahun ini, kita lihat bagaimana keadaan Covid-19 sudah mula pulih tetapi masih mengganggu situasi ekonomi ramai keluarga dalam masyarakat kita.



"Sumbangan yang diberikan oleh Jamiyah sedikit sebanyak saya harap dapat meringankan beban mereka dalam menyiapkan diri untuk Hari Raya nanti.''



Dr Maliki turut memuji usaha badan-badan masyarakat Melayu/Islam yang tampil ke depan memberikan habuan kepada golongan susah sepanjang Ramadan ini.



Presiden Jamiyah Singapura, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, pula berkata:



"Dalam keadaan sekatan Covid ini, mudah-mudahan sumbangan 'Meat-for-Eid' dapat membantu keluarga yang hilang pendapatan.



"Ini juga akan dapat mengurangkan pergerakan penerima-penerima 'Meat-for-Eid' di mana mereka tidak perlu ke pasar untuk membeli bahan-bahan makanan, dan mengurangkan risiko daripada jangkitan pandemik ini."



Antara penerima pek makanan itu ialah Cik Kamsyiah Wahab, 61 tahun.



"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dapat menerima habuan ini dari Jamiyah," ujar beliau, yang tinggal bersama anak saudaranya.



Ditemui pada hari pertama sekatan lebih ketat Covid-19 berkuat kuasa dan dengan Syawal yang bakal menjelang, Dr Maliki mengingatkan masyarakat Melayu/Islam untuk terus memaparkan semangat Hari Raya meskipun kunjungan tahun ini dihadkan kepada dua kunjungan sehari, dalam kumpulan seramai lima orang setiap kunjungan.



Akur sambutan Aidilfitri tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu, beliau menambah:



"Semangat Aidilfitri masih boleh dirasai kerana semangat Aidilfitri menunjukkan semangat pengorbanan kita, semangat silaturahim kita... Saya rasa walaupun kita tidak dapat beraya bersama (secara fizikal), kita boleh beraya dari segi semangat."




"Sejak setahun ini, kita lihat bagaimana keadaan Covid-19 sudah mula pulih tetapi masih mengganggu situasi ekonomi ramai keluarga dalam masyarakat kita. Sumbangan yang diberikan oleh Jamiyah sedikit sebanyak saya harap dapat meringankan beban mereka dalam menyiapkan diri untuk Hari Raya nanti.''
- Dr Mohd Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar.



"Dalam keadaan sekatan Covid ini, mudah-mudahan sumbangan 'Meat-for-Eid' dapat membantu keluarga yang hilang pendapatan. Ini juga akan dapat mengurangkan pergerakan penerima-penerima 'Meat-for-Eid' di mana mereka tidak perlu ke pasar untuk membeli bahan-bahan makanan, dan mengurangkan risiko daripada jangkitan pandemik ini.''
- Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >