Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CABARAN, HARAPAN MENJAGA ‘ANAK ISTIMEWA’

'Anak istimewa' komitmen sepanjang hayat

Feb 07, 2022 | 05:30 AM



SETIAP ibu yang mengandung, berharapan besar anak mereka akan lahir di dunia dengan keadaan sempurna, namun perancangan Allah itu di luar kawalan atau jangkaan sesiapa.



Selepas tujuh kali hamil dan melahirkan, Cik Halimah Abdullah yang pada masa itu berusia 37 tahun, teruja dengan berita kandungan kelapan kerana dikhabarkan mendapat anak kembar. Namun berita gembira itu dikejutkan dengan kelahiran salah satu anak kembar itu yang mengalami Sindrom Down. Sindrom Down berpunca daripada keadaan genetik yang disebabkan masalah kromosom dikenali juga sebagai sindrom Terencat Akal.



Anak Sindrom Down itu bernama Cik Zarina Ismail, dan kembarnya ialah Encik Zahari Ismail, yang kini bekerja sebagai pengawal trafik udara di Dubai. Kedua-duanya kini berusia 49 tahun.



Menceritakan pengalaman keluarga, Cik Zaiton, 64 tahun, kakak sulung kepada adik-beradik kembar itu, berkata:



"Sewaktu ibu saya mengandung, dia sama sekali tidak tahu keadaan anak-anak dalam kandungannya, tetapi setelah melahirkan, ternampak jelas, salah satu daripada bayi kembar itu tidak kelihatan normal."







Semenjak kesihatan ibu mereka semakin merosot, Cik Zaiton mengambil alih tugas sebagai pengasuh utama kepada Cik Zarina.



"Di antara kelainannya yang kita dapat lihat ialah dari segi perkembangan fizikalnya yang juga agak lewat jika dibandingkan dengan kembarnya. Contohnya, Zarina mula berjalan agak lambat," tambah Cik Zaiton lagi.



Cik Zarina tidak dapat berkomunikasi selain beberapa patah perkataan dan masih memerlukan bantuan dalam segala aspek hidupnya, termasuklah urusan peribadi seperti ke tandas.



"Sewaktu umurnya lebih kurang enam tahun, arwah bapa saya pernah hantar dia ke sekolah kanak-kanak istimewa, tetapi oleh kerana di masa itu belum ada kemudahan seperti lampin pakai buang, perjalanan ke sekolah merupakan satu cabaran buat Zarina. Akhirnya arwah bapa saya mengambil keputusan berhentikan dia dari sekolah", ujar Cik Zaiton.



Mengasuh Cik Zarina memerlukan komitmen seratus peratus dari setiap ahli keluarga. Cik Zaiton berasa beruntung kerana suaminya turut memberikan sokongan dalam penjagaan adik bungsunya itu. "Sebelum Zarina menghidap katarak mata, suami saya akan bawa dia ke bawah blok untuk berjalan dan bersenam, tapi semenjak penglihatannya kurang baik, Zarina hanya duduk di rumah".



Selain suaminya, pembantunya juga cekap dan tabah melayani keperluan Cik Zarina. "Setiap kali bertukar pembantu, saya selalu beri perangsang agar mereka menjaga Zarina dengan baik, siapa tahu, di akhirat nanti, Zarina akan pimpin kamu masuk syurga." kata Cik Zaiton.



Jika perlu ke luar negara atau ada urusan penting, Cik Zaiton akan meminta pertolongan adik beradik yang lain untuk membantu menjenguk adiknya itu. Cik Zaiton rasa bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga. "Mereka juga turut berikan bantuan dari segi membelikan pampers, sumbangan kewangan, dan lain-lain," katanya.



Untuk perancangan masa panjang, Cik Zaiton yang juga bekerja sebagai perancang kewangan, telah pun menyediakan dana untuk Cik Zarina sekiranya dia pergi dulu. "Saya dan suami telah mengetepikan dana buat Zarina untuk masa depannya. Kami sebulat suara akan memberikan dana itu kepada sesiapa yang akan menjaga Zarina di kemudian hari nanti bila kami dah tak ada," jelas Cik Zaiton dengan nada yang sedih. "Dia tidak ada kesalahan, ini dugaan Allah buat kita, dan kita reda," tambah beliau.




SAYANG SEORANG KAKAK



"Saya dan suami telah mengetepikan dana buat Zarina untuk masa depannya. Kami sebulat suara akan memberikan dana itu kepada sesiapa yang akan menjaga Zarina di kemudian hari nanti bila kami dah tak ada. Dia tidak ada kesalahan, ini dugaan Allah buat kita, dan kita reda."

- Cik Zaiton Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >