TIDAK ada perkara yang lebih penting bagi dirinya selain memperjuangkan busana warisan yang menjadi sinonim dengan kehidupan masyarakat rantau ini sejak sekian lama.
Bagi Encik Raymond Wong, kebaya telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya dan beliau telah meluangkan banyak masa untuk terus memperbaiki hasil kraftangannya dalam membuat kebaya.