Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PEMBANGUNAN ASATIZAH

Pusat pendidikan swasta didik pelajar, lahirkan asatizah era digital

Isu berkaitan pembangunan asatizah kian menjadi isu yang dibincangkan. BERITA MINGGU tinjau peranan yang dimainkan institusi pendidikan agama swasta di sini dalam mempertingkatkan kemahiran para asatizah sekali gus mempermudah usaha mereka mendekati masyarakat dengan menggunakan cara baru dan terkini. Hal ini dibincangkan dalam sesi dalam talian khas Berita Harian bersama asatizah.
Feb 27, 2022 | 05:30 AM



PUSAT pendidikan agama swasta seperti Andalus memainkan peranan bukan sahaja dalam menyampaikan ilmu agama kepada pelajarnya tetapi lebih daripada itu, ia juga berperanan mewujudkan dan menghasilkan asatizah masa depan yang berpengetahuan dalam bidang keagamaan tetapi pada masa yang sama, berkemahiran dalam bidang teknologi sedang corak pembelajaran kini kian beralih kepada penggunaan digital.



Demikian yang dikongsi Pengarah Eksekutif Divisyen Pendidikan Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed, semasa satu sesi dialog Berita Harian (BH) yang diadakan awal minggu ini.



Dalam perkongsian selama sejam itu, moderator, Penolong Editor Berita Harian, Encik Mohd Nizam Ismail, telah mengutarakan beberapa soalan berhubung peranan pusat pendidikan agama swasta seperti Andalus dalam melahirkan asatizah tempatan yang peka terhadap konteks kehidupan masyarakat setempat di samping mempertingkatkan ilmu pengetahuan masyarakat berhubung pendidikan agama dalam suasana yang lebih teratur dan berstruktur.



Selain Ustaz Fathurrahman, Penganalisis Perisikan di firma Crisis24, Cik Siti Rafidah Mahmodd Angullia, yang pernah mengikuti pengajian awalnya di Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah, juga turut serta dalam perbincangan tersebut yang dijalankan dalam talian.



Menurut Ustaz Fathurrahman, Andalus pada awalnya ditubuhkan bagi menawarkan khidmat agama sambilan kepada masyarakat di sini.



Namun tenaga pengajar mereka pada waktu itu merupakan pelajar lepasan madrasah sepenuh masa setempat, dan ini bermakna mereka yang baru sahaja tamat pengajian prauniversiti akan menyertai pusat pendidikan itu selaku asatizah.



Bagaimanapun, Andalus serta syarikat kerabatnya seperti Al-Zuhri, Cordova dan juga syarikat penerbitan, Darul Andalus mula memberi keutamaan terhadap pembangunan para asatizahnya.



"Kami melihat asatizah sebagai tunggak utama dalam penyampaian ilmu agama itu kepada para pelajar.



"Ini yang mendorong pihak kami untuk menjadikan pembangunan asatizah sebagai agenda utama kami," ujarnya.



Kini selepas lebih 26 tahun, para asatizah yang mengajar di Andalus dan syarikat kerabatnya yang lain, mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam pendidikan Islam.



Bagi meningkatkan pengetahuan golongan asatizah, Andalus memastikan para asatizahnya mengikuti pelbagai bengkel dan kursus yang dikendalikan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), serta kursus yang dianjurkan Andalus sendiri, tetapi diiktiraf Muis.



"Adalah satu keperluan untuk asatizah kami memahami kandungan ilmu agama hari ini dengan mengambil kira konteks kehidupan masyarakat Islam di sini," tambah Ustaz Fathurrahman lagi, yang juga merupakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Singapura.



Sejauh ini, lebih 200 tenaga pengajar telah mengikuti latihan peningkatan.



Selain melengkapkan para asatizahnya dengan kandungan agama terkini, pendidikan yang ditawarkan Andalus juga memberi peluang kepada pelajarnya meraih pensijilan agama bagi mereka yang berminat untuk meneroka bidang agama sebagai kerjaya mereka.



"Ada pelajar daripada bidang sekular, berminat untuk beralih ke bidang ukhrawi. Justeru menerusi Al-Zuhri, kefahaman agama mereka dan penguasaan bahasa Arab mereka akan ditingkatkan," ujarnya.



Namun, ada juga yang hanya sekadar mahu mendalami bidang agama separuh masa sebagai sebahagian daripada pembangunan diri.



Sejauh ini, Andalus mempunyai sekitar 17,000 pelajar.



Meskipun demikian, melebihi daripada sekadar mempertingkat pengetahuan kandungan ilmu agama, Ustaz Fathurrahman menekankan bahawa pihak Andalus juga menitikberatkan peningkatan dalam kemahiran digital juga.



Dan perkara ini menjadi lebih genting sepanjang pandemik dua tahun ini di mana pengajian mula dianjak ke alam maya.



Untuk memperkasa kemahiran tenaga pengajar, sebahagian besar asatizah Andalus telahpun mengikuti kursus 'blended learning' atau pembelajaran teradun yang dikelolakan di bawah program SkillsFuture.



"Kami memanfaatkan kursus sedia ada dan subsidi yang diberikan pemerintah untuk meningkatkan kemahiran asatizah.



"Dengan kemahiran daripada sudut teknikal ini, kebolehan tenaga pengajar kami saya boleh katakan, setaraf atau tidak terlalu keterbelakangan dengan tenaga pengajar di aliran utama," katanya lagi.



Memandang ke hadapan, Ustaz Fathurrahman berkata pihaknya sedang meneroka untuk menyediakan seakan 'marketplace' atau ruang di alam maya di mana khidmat keagamaan yang ditawarkan boleh dipilih pengguna secara telus bak platform pembelian dalam talian yang ada sekarang.



"Peranan sektor privet ini sama penting dengan sektor utama lain kerana kita saling lengkap-melengkapi.



"Apa pun di akhirnya, matlamatnya sama, iaitu untuk menambah nilai kepada ilmu keagamaan masyarakat dalam dunia penuh mencabar hari ini," katanya lagi.





"Kami melihat asatizah sebagai tunggak utama dalam penyampaian ilmu agama itu kepada para pelajar. Ini yang mendorong pihak kami untuk menjadikan pembangunan asatizah sebagai agenda utama kami.

...Adalah satu keperluan untuk asatizah kami memahami kandungan ilmu agama hari ini dengan mengambil kira konteks kehidupan masyarakat Islam di sini."

- Pengarah Eksekutif Divisyen Pendidikan Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >