Rindu Korea Selatan akan terubat, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

Kamsahamnida! (terima kasih)

Rindu Korea Selatan akan terubat

Oct 14, 2021 | 05:30 AM

DALAM masa sejam selepas mengesahkan berita bahawa Singapura dan Korea Selatan akan membolehkan perjalanan tanpa kuarantin bagi pelawat sudah divaksin, pasangan suami isteri Encik Yusri Sapari dan Cik Jannah Monjiat dengan pantas menempah penerbangan.

Mereka tidak mahu terlepas peluang untuk kembali ke Korea Selatan, yang menjadi destinasi kegemaran mereka setelah mereka jatuh cinta dengan budaya dan suasana di negara tersebut sejak 2013.

Pasangan itu mengunjungi negara itu setiap tahun sejak itu dan kali terakhir ke sana pada 2019, sebelum Covid-19 melanda.

Oleh itu, apabila mendapat tahu Singapura dan Korea Selatan akan melancarkan Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL), mereka terus menempah penerbangan Singapore Airlines ke Seoul pada Disember ini.

"Rakan-rakan kami tahu kami pergi ke Korea Selatan setiap tahun, jadi ramai yang maklumkan kami tentang berita itu.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kami cepat-cepat tempah kerana kami tahu penerbangan itu akan dipenuhi dengan cepat," kata Encik Yusri, 32 tahun, seorang pembuat filem.

Beliau akur agak prihatin dengan risiko dijangkiti semasa melancong tetapi yakin keadaannya selamat jika mereka menjaga kebersihan dan langkah pengurusan selamat. Korea juga merupakan negara yang bersih, katanya.

Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura mengumumkan pada 8 Oktober lalu bahawa VTL antara Singapura dengan Korea Selatan akan bermula 15 November ini.

Di bawah VTL, pelawat divaksin sepenuhnya dapat bergerak di antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dan tidak perlu menjalani kuarantin atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Namun, mereka perlu meraih hasil negatif dalam ujian reaksi rantai polimerase (PCR).

Tiada sekatan dikenakan bagi tujuan perjalanan atau perlunya atur cara dikawal.

Setelah dua tahun tidak ke negara itu, Encik Yusri dan isterinya Cik Jannah, seorang pegawai pemasaran, paling merindui layanan orang Korea, serta rakan-rakan mereka di sana.

"Orang Korea Selatan telah menyambut kami dengan baik sejak kami ke sana pada 2013. Kami kongsi budaya kami bersama mereka dan mereka lakukan yang sama.

"Kami juga menjadi hos kepada mereka apabila mereka ke Singapura dan membawa mereka ke tempat makan kegemaran kami," kata Encik Yusri.

VTL yang dilancarkan antara Singapura dengan Korea Selatan itu adalah yang pertama di antara dua hab penerbangan utama di Asia dan dibina atas hubungan erat untuk menghidupkan semula pergerakan udara rentas sempadan dengan selamat, kata MOT sebelum ini.

Sebelum Covid-19, Singapura dan Korea Selatan adalah di antara destinasi paling popular di negara masing-masing, dengan sebanyak 64 khidmat penumpang setiap minggu di antara kededua negara dan membawa 1.6 juta penumpang setiap tahun.

Encik Yusri berkata negara seperti Singapura amat bergantung pada pertukaran idea, barangan dan perkhidmatan antara negara.

"VTL akan membolehkan kami untuk kembali hidup seperti biasa," kata Encik Yusri.


"Orang Korea Selatan telah menyambut kami dengan baik sejak kami ke sana pada 2013. Kami kongsi budaya kami bersama mereka dan mereka lakukan yang sama.
Kami juga menjadi hos kepada mereka apabila mereka ke Singapura dan membawa mereka ke tempat makan kegemaran kami."

- Yusri Sapari.


ANGGARAN KOS LAWATAN KE KOREA SELATAN

Anggaran kos bagi seorang pelawat di bawah Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) ke Korea Selatan bagi lawatan sekitar satu minggu.

Penerbangan pergi balik: $800.

Tempat penginapan (untuk seminggu): $700

Ujian PCR Covid-19:

  • 1 sebelum berangkat dari Singapura: $160;
  • 1 apabila tiba di Korea: $200;
  • 1 sebelum berangkat dari Korea: $200;
  • 1 apabila tiba di Singapura: $160.

Jumlah bagi ujian Covid: $720

(Jika menginap untuk 8 hari atau lebih di Korea, perlu lakukan ujian pada hari ke-6 atau ke-7 di Korea.

JUMLAH KESELURUHAN UNTUK SEORANG: $2,220 (belum termasuk makanan, beli-belah, lawatan, insurans)


Singapura sedang berusaha gigih untuk mengadakan laluan perjalanan terbuka dengan lebih banyak negara yang membenarkan orang ulang-alik tanpa kuarantin. Buat masa ini, Singapura mempunyai perjanjian Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) dengan sembilan negara, termasuk Korea Selatan, Canada, Denmark, Perancis, Italy, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika Syarikat. Berikut sekilas keadaan Covid-19 di negara-negara tersebut.

KOREA SELATAN 

NEGARA ini sedang berusaha memvaksin sehingga 80 peratus penduduk dewasa berusia 18 tahun dan ke atas pada hujung bulan ini.

Sehingga 7 Oktober, 64.5 peratus kumpulan ini telah divaksin.

Pihak berkuasa di sana telah mengumumkan rancangan hidup dengan Covid-19 mulai 9 Nov, dan sebahagian langkah ini adalah memperluas peruntukan jagaan di rumah bagi pesakit Covid-19 yang tidak mengalami penyakit teruk sejak Ogos.

AMERIKA SYARIKAT

PENULARAN Covid-19 di negara ini, secara keseluruhan, masih tinggi, kata Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika.

Namun satu laporan The New York Times baru-baru ini berkata bilangan jangkitan baru dan mereka yang dimasukkan ke hospital telah berkurangan dalam tempoh dua minggu. Angka korban juga telah merosot dalam tempoh yang sama.

CANADA

BILANGAN jangkitan baru di negara ini telah berkurangan lapan peratus sejak dua minggu lalu, tetapi angka korban telah meningkat sembilan peratus.

Namun, sekatan yang diperketat, termasuk mengisytiharkan tempoh kecemasan kesihatan awam di Alberta telah membantu mengurangkan jangkitan baru.

BRITAIN

JULAI lalu, negara ini mengakhiri tempoh sekatan pergerakan lebih setahun dengan meraikan 'Hari Kebebasan'.

Sejak itu, bilangan jangkitan baru melonjak ke paras purata tertinggi sekitar 47,000 sehari, tetapi kini angka ini telah berkurangan kepada paras bawah 35,000 sehari. Kebanyakan kes baru melibatkan remaja yang belum divaksin. Angka korban harian kini sekitar 100 sehari, yang menurut BBC serupa dengan angka korban semasa musim selesema.

PERANCIS

MAJLIS Saintifik Perancis yang menasihati pemerintah berhubung Covid-19 berkata keadaan kesihatan awam di sana kini kian pulih.

Bilangan jangkitan baru telah merosot kepada sekitar 5,000 sehari, lebih rendah sejak ia mencapai 20,000 sehari semasa gelombang jangkitan keempat pada Ogos lalu. Penyelidik berkata keadaan bertambah baik selepas kadar vaksinasi bertambah.

ITALY

IA adalah antara negara pertama di Eropah yang dijangkiti Covid-19 tahun lalu dan ia mempunyai angka korban keseluruhan paling tinggi selepas Britain.

Ia gagal mencapai sasaran memvaksin 80 peratus penduduk pada bulan lalu, tetapi telah memvaksin bilangan yang mencukupi untuk menguragkan jangkitan di serata negara. Secara purata, ia mempunyai kurang 3,000 jangkitan baru sehari.

BELANDA

BILANGAN jangkitan baru di sini telah berkurangan kepada sekitar 2,000 sehari sejak pemerintah menghapuskan kebanyakan sekatan Covid-19 pada bulan lalu.

Buat masa ini, semua tempat komersial di negara itu, termasuk restoran dan tempat hiburan telah dibuka semula, meskipun penduduknya masih digalak bekerja dari rumah.

DENMARK

NEGARA Scandinavia ini telah menghapuskan semua sekatan Covid-19 bulan lalu, selepas bilangan jangkitan harian kini sekitar 500.

Lebih 75 peratus penduduknya telah divaksin sepenuhnya, termasuk lebih 96 peratus dari kumpulan yang berusia 65 tahun dan ke atas.

SEPANYOL

NEGARA ini kini dianggap sebagai berisiko rendah bagi jangkitan Covid-19, selepas kadar jangkitan berkurangan kepada 50 antara 100,000 penduduk pada Julai lalu.

Namun pakar perubatan di negara itu berkata kadar 25 jangkitan setiap 100,000 penduduk adalah bukti paling kukuh penularan Covid-19 di sana terkawal.

Bilangan orang yang dimasukkan ke hospital juga telah berkurangan dan kebanyakan wilayah telah menghapuskan sekatan pergerakan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map