Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Robot bantu pelajar 'teroka' monumen negara

NHB manfaat teknologi bantu pelajar hargai tapak bersejarah setempat
Sep 28, 2020 | 05:30 AM



DENGAN banyak lawatan sekolah ke monumen negara dibatalkan kerana penularan virus Covid-19, Lembaga Warisan Negara (NHB) baru-baru ini memperkenalkan alat teknologi baru supaya para pelajar berpeluang meneroka dan mempelajari tapak-tapak bersejarah itu dari keselesaan bilik darjah mereka sendiri.



Dalam inisiatif perintis yang dianjurkan oleh NHB, beberapa pelajar dari Sekolah Rendah Qihua baru-baru ini berpeluang untuk mengadakan lawatan alam maya ke Masjid Sultan, salah sebuah monumen negara, minggu lalu.



Berbeza daripada lawatan sambil belajar yang diadakan sebelum Covid-19, para pelajar kali ini 'melawati' masjid itu dengan menggunakan peralatan robot mudah alih yang boleh dikendali dengan menggunakan tetikus.



Robot tersebut mempunyai pelbagai ciri canggih seperti kamera dengan ciri zum.



Ciri zum robot juga membolehkan para pelajar melihat persekitaran masjid yang selalunya tidak dapat dilihat orang ramai.



Para pelajar misalnya melihat perincian seni bena Masjid itu yang dipengaruhi oleh gaya Indo-Saracenic - desain gabungan unsur tradisional India dan Islam dengan ciri seni bina Eropah.



Selain itu, robot mudah alih itu juga mempunyai ciri audio yang membolehkan pemandu pelancong NHB yang ada di lokasi itu mengongsi dengan lebih lanjut mengenai monumen itu serta berinteraksi bersama para pelajar.



Buat masa ini robot itu turut digunakan di Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen dan Pusat Warisan India di bawah program NHB khas untuk golongan warga emas dan mereka yang kurang upaya.



Timbalan Ketua Eksekutif bagi (Dasar dan Masyarakat) NHB, Encik Alvin Tan berkata Program Monumental Robo-Tours ini masih dalam fasa percubaan bersama Sekolah Rendah Qihua dan Sekolah Rendah Edgefield.



"Kami telah memulakan program ini kerana kami perhatikan bahawa para pelajar digalakkan untuk meluangkan masa di sekolah dan disebabkan itu, beberapa pelajar mungkin kehilangan perjalanan pembelajaran biasa mereka ke monumen kami.



"Program seperti ini akan menarik minat pelajar yang gemar menggunakan teknologi dan sikap ingin meneroka. Jadi kami menjangkakan program ini akan menjadi popular di kalangan para pelajar," ujarnya.



Ketua Jabatan Sains, Sekolah Rendah Qihua, Encik Damien Tay berkongsi bahawa kegiatan ini merupakan antara usaha untuk sekolahnya terus menggunakan teknologi untuk meneruskan pengalaman pembelajaran digital untuk pelajar mereka.



"Banyak daripada rancangan kami terganggu semasa tempoh ini. Namun begitu, kami berharap untuk terus menawarkan pengalaman yang holistik bagi pelajar kami di sekolah.



"Walaupun kami tidak dapat pergi ke tempat-tempat seperti Masjid Sultan, secara fizikal, teknologi membolehkan kami membawa para pelajar ke sana.



"Ketika aktiviti itu dijalankan, ramai antara mereka berseronok. Ini juga adalah masanya untuk mereka mengalami warisan Singapura yang indah," kata Encik Tay sambil menambah bahawa beliau berharap untuk terus menawarkan peluang ini kepada peringkat yang lain.



Berkongsi pengalamannya mengendali robot mudah alih itu, Muhammad Shakil Nazrin berkata ia merupakan memberi peluang baginya mempelajari beberapa perkara yang baru mengenai Masjid Sultan.



"Semasa saya mencuba untuk mengendali robot itu, saya rasa seperti saya di Masjid Sultan sedang berjalan.



"Walaupun saya pernah ke masjid itu beberapa kali sebelum ini, saya tidak pernah mempelajari mengenai sejarahnya. Melalui lawatan alam maya ini, saya telah mempelajari lebih banyak mengenai sejarah Masjid Sultan," jelas murid yang berusia sembilan tahun.



Selain Masjid Sultan, lawatan alam maya ke monumen seperti Bekas Bangunan Fullerton dan Sinagog Chesed-El akan ditawarkan dalam program itu tahun depan. Pada masa akan datang, NHB berharap dapat menambahkan lebih banyak 73 monumen nasional Singapura ke dalam senarai.



Sekolah yang berminat untuk menyertai sesi 45 minit mulai bulan Oktober ini, boleh membuat permohonan.



Untuk maklumat lanjut, kirimkan e-mel ke: NHB_NationalMonuments@nhb.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >