Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sertai kem, acara larian bersama anak-anak!

May 29, 2023 | 05:30 AM



LUANGKAN masa seronok bersama anak-anak dengan melakukan kegiatan menarik ini.

Sertai kem percutian di Muzium ArtScience


Daftarkan anak-anak anda bagi Kem Cuti Ocean Imagineer Hackathon di Muzium ArtScience.

“Artscientist” di muzium itu, Encik Cesar Jung-Harada, akan membimbing kanak-kanak dari usia lapan tahun untuk mereka bot, kereta api dan mesin menggunakan bahan-bahan harian dan teknologi modular.

Beliau juga akan berkongsi bagaimana ciptaan tersebut boleh membantu menangani krisis iklim.

Terdapat empat sesi kem yang berlangsung dari 27 Mei hingga 25 Jun.

Setiap sesi adalah selama tiga hari dan berharga $400 bagi seorang peserta.

Mereka yang berusia bawah 16 tahun perlu ditemani ibu atau bapa, atau seorang penjaga.

Lungsuri laman https://www.marinabaysands.com/museum/events/hackathon-holiday-cesar-ha… untuk maklumat lanjut.

Baca buku My Grandfather’s Rojak


Ditulis oleh Cik Emily Lim-Leh, buku bertajuk My Grandfather’s Rojak mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang mengubah resepi rojak datuknya secara rahsia untuk dijual di gerai datuknya itu.

Buku ini merupakan antara finalis Anugerah Buku Bergambar Scholastic 2019, yang menggalak penulisan buku bergambar berinspirasikan Asia oleh orang Asia.

“Saya mahukan sebuah cerita antara generasi, yang menunjukkan penghargaan bagi tradisi, namun pada masa sama, keterbukaan kepada kreativiti,” kata Cik Lim-Leh, yang menyertakan resepi rojak menampilkan century egg dan sotong dalam buku itu.

Beliau berharap cerita itu akan menggalak anak lelakinya yang berusia 12 tahun dan pembaca muda lain untuk mencuba sesuatu yang baru.

Buku tersebut boleh ditempah awal pada harga $11.50 di kedai rasmi Scholastic di Shopee.

Acara larian untuk seisi keluarga


Kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun boleh mengambil bahagian dalam kategori larian 650 meter dalam satu acara sulung anjuran platform e-dagang Lazada.

Sementara itu, ibu bapa boleh menyertai kategori 5 kilometer (km), 10km atau 21km di acara Lazada Run itu, yang akan diadakan pada 23 Julai di Marina Barrage.

Selain acara larian, peserta boleh menikmati persembahan di pentas, permainan dan pembelian khas di gerai pop-up.

Pendaftaran bagi kategori Kids Dash ialah $35 bagi seorang kanak-kanak, dan peserta akan menerima beg habuan, keychain, kemeja-T dan pingat penamat.

Mereka yang berusia lima hingga tujuh tahun boleh ditemani seorang dewasa, dengan dewasa itu tidak memerlukan tiket.

Yuran bagi kategori larian dewasa berharga dari $45 hingga $80.

Pendaftaran dalam aplikasi Lazada dibuka sehingga 30 Jun. Lungsuri laman www.lazada.sg/lazrun untuk butiran lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >