Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KUNJUNGAN PRESIDEN HALIMAH KE KOREA SELATAN

SG, Korea S. akan tambah penerbangan dua hala

May 12, 2022 | 05:30 AM



MEMPERKUKUH hubungan rakyat antara Singapura dengan Korea Selatan adalah baik bagi kedua-dua negara itu, dengan terdapat banyak skop bagi kerjasama untuk dua negara tersebut, kata Presiden Halimah Yacob berhubung pertemuan dua hala beliau bersama presiden baru Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol kelmarin.



Puan Halimah turut mendedahkan beliau telah menyarankan kepada Encik Yoon untuk mempertimbangkan lebih banyak penerbangan antara Singapura dengan Korea Selatan, sambil menambah terdapat permintaan kukuh bagi perjalanan dari kedua-dua pihak.



"Beliau memberitahu saya bahawa dalam satu tinjauan yang mereka lakukan, apabila rakyat Korea Selatan ditanya ke manakah mereka ingin pergi apabila sempadan dibuka, mereka berkata Singapura," kata Puan Halimah ketika ditemui media Singapura.



"Oleh itu, saya katakan bahawa sebalikya juga benar. Apabila rakyat Singapura ditanya ke manakah mereka mahu pergi, mereka meletakkan (pilihan) nombor satu (mereka) sebagai Korea," tambah beliau.



Perjalanan antara dua negara itu disambung semula November lalu dengan pelancaran Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL).



Sekitar 10,098 rakyat Singapura melancong ke Korea Selatan dalam tiga bulan pertama tahun ini, manakala 6,608 rakyat Korea Selatan datang ke Singapura.



Puan Halimah, yang mengadakan pertemuan dua hala bersama Encik Yoon kelmarin, berkata VTL itu merupakan "contoh baik tentang tahap keyakinan antara Korea Selatan dengan Singapura".



"Hanya apabila anda mempunyai tahap keyakinan itu, barulah anda bersedia untuk menjadi penggerak pertama, dan ia berfungsi dengan baik kerana ia membuka ketersambungan dan membolehkan perdagangan dan pelaburan berjalan," kata beliau.



VTL itu digantikan dengan Rangka Kerja Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi bulan lalu, yang membolehkan semua pelawat yang sudah divaksinasi memasuki Singapura tanpa kuarantin.



Sejak 1 April, pelawat yang sudah divaksinasi sepenuhnya tidak perlu menjalani kuarantin mandatori di Korea Selatan.



Puan Halimah berkata pandemik Covid-19 tidak menjejas hubungan perdagangan dan pelaburan antara dua negara itu, sambil menambah pelaburan Korea Selatan di Singapura telah meningkat 19 peratus tahun lalu, manakala perdagangan dua hala pula bertambah 26 peratus.



Namun, oleh sebab jumlah penerbangan dikurangkan dengan ketara, beliau telah meminta Encik Yoon untuk memikirkan tentang langkah menambahkan penerbangan "agar kita boleh terus memperkukuh hubungan antara rakyat, dan itu pastinya baik bagi kedua-dua negara".



Encik Yoon bersetuju untuk "meneliti kemungkinan itu", menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.



Difahamkan bahawa Puan Halimah, yang berada di Seoul bagi menghadiri majlis perasmian pelantikan Encik Yoon, diberi tempat duduk sebelah Encik Yoon semasa jamuan yang diacarakan presiden baru itu bagi tetamu di Hotel Shilla malam kelmarin.



Semasa pertemuan dua hala itu, dua pemimpin itu mengesahkan hubungan mesra antara Singapura dengan Korea Selatan dan mengenal pasti beberapa bidang di mana kerjasama dua hala boleh dipertingkatkan lagi, seperti ekonomi hijau dan pendigitalan.



Kedua-dua pemimpin itu juga mengalu-alukan kesimpulan Perjanjian Kerjasama Digital Korea-Singapura dan berharap ia dapat ditandatangani tidak lama lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >