Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

SIJIL HALAL Musykil kedai roti di pesta makanan halal tiada sijil

Nov 26, 2013 | 12:21 PM



SAYA menghadiri Pesta Makanan Halal Singapura, yang diadakan di dewan 5A, Singapore Expo dari 31 Oktober hingga 3 November lalu.


Saya tertarik pada sebuah gerai kek di situ, iaitu Postre DIY Bakery.


Saya melihat ramai orang Melayu membeli pelbagai jenis kek yang dijualnya. Saya mendapati tiada pekerja Islam di kedai itu. Saya cuba mencari logo halal tetapi tiada di kaunternya.


Apabila saya bertanya, mereka memberitahu saya bahawa kedai mereka memang tidak memiliki sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).


Saya ingin tahu bagaimanakah penganjur pesta itu boleh memberi kebenaran kepada kedai roti tanpa sijil halal membuka gerai di pesta itu dan siapa yang mengesahkan kehalalannya?


Orang ramai yang ke pesta itu mungkin menganggap semua makanan yang dijual halal kerana ia pesta makanan halal.


Saya berharap pihak berkuasa dapat menyelidik perkara ini.


MUHAMMAD KHAIRI ABDUL KHALIG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >