Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

Sijil Warisan bantu pembahagian harta pusaka

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



TERDENGAR kisah pertikaian baru-baru ini yang melibatkan pembahagian harta dalam kalangan keluarga si mati.



Salah satu punca pertikaian adalah tentang cara harta itu sepatutnya dibahagikan memandangkan si mati tidak membuat wasiat atau menandatangani Surat Kuasa Berkekalan (LPA) .



Beberapa peguam yang dihubungi Berita Minggu berkata pertikaian keluarga berhubung proses pembahagian harta lazimnya berlaku kerana si mati tidak membuat wasiat atau membuat LPA.



Rakan kongsi firma Dentons Rodyk & Davidson LLP, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim pula memerhatikan berkata salah satu punca pertikaian ialah apabila anggota keluarga tidak dapat bersetuju melantik wasi atau pentadbir harta warisan.



"Ramai mempunyai pemahaman salah tentang tugas wasi," katanya.



Wasi menurut beliau mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tugas pentadbiran yang mungkin diperlukan untuk menuntut pembahagian harta daripada pihak tertentu seperti bank, khususnya dalam keadaan di mana si mati tidak membuat wasiat atau LPA.



Ini termasuk turun naik berjumpa peguam serta memfailkan pelbagai permohonan di institut keadilan, kata Encik Zhulkarnain.



Satu lagi tanggungjawab penting wasi selain membahagikan harta ialah melunaskan segala hutang si mati, kata beliau.



Dalam pada itu, peguam yang dihubungi Berita Minggu berkata terdapat juga kurang kesedaran tentang proses mentadbirkan harta si mati dan proses menuntut pembahagian harta.



Pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sorip berkata salah satu kerumitan yang boleh muncul dalam proses pembahagian harta adalah apabila adik beradik si mati masing-masing mempunyai hak dan mahu menuntut harta pusaka.



Bagaimana harta pusaka perlu dibahagikan juga menjadi tanda tanya di kalangan keluarga.



Misalnya apakah bahagian bagi anak kandung, apakah bahagian pula bagi pak cik yang sebapa tapi berlainan ibu.



Dalam hal ini, Encik Zhulkarnain berkata Sijil Warisan yang dikeluarkan Mahkamah Syariah boleh mempermudah urusan ahli keluarga menuntut hak masing-masing.



Sijil Warisan ialah dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Singapura di mana benefisiari serta bahagian harta pusaka yang berhak diperolehi akan tertera.



Menurut laman Mahkamah Syariah dokumen itu memudahkan pembahagian harta pusaka si mati mengikut undang-undang Islam.



Laman Mahkamah Syariah menerangkan, Sijil Warisan dikeluarkan berdasarkan satu set fakta yang disediakan oleh pemohon. Mahkamah Syariah tidak mendengar keterangan dan tidak membuat penemuan mengenai sebarang persoalan fakta.



Menjawab pertanyaan Berita Minggu, Mahkamah Syariah berkata pihaknya mengeluarkan lebih 1,500 Sijil Warisan setiap tahun dan jumlah permohonan adalah 'lebih tinggi' kerana tidak semua permohonan dilengkapkan oleh pemohon.



Antara pihak yang layak memohon Sijil Warisan ialah:



Benefisiari berusia 21 tahun ke atas yang mempunyai pertalian darah dengan si mati.



Firma guaman yang dilantik untuk memohon bagi pihak benefisiari.



Wakil Majlis Ugama Islam (Muis) atau pihak berkuasa yang dibenarkan membuat permohonan.



Bagi melengkapkan permohonan, pemohon perlu mengirimkan pelbagai maklumat seperti ialah butiran lengkap (nama penuh dan nombor NRIC) benefisiari yang layak menerima harta pusaka.



Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk mendapatkan Sijil Warisan ialah Sijil kematian atau Perintah Mahkamah anggapan kematian atau Sijil anggapan kematian.



Dokumen sokongan yang menunjukkan hubungan pemohon dengan si mati juga diperlukan.



Permohonan mendapatkan Sijil Warisan kini boleh dilaksanakan secara dalam talian.



Bayaran yang dikenakan ialah $34 dan boleh dibuat menerusi PayNow atau eNETS/ Kad Kredit.



Sijil Warisan akan dikeluarkan melalui Portal Mahkamah Syariah dalam format PDF yang boleh dimuat turun.



Ia tersedia untuk dimuat turun hanya selama 14 hari dari tarikh dikeluarkan.



Mendapatkan Sijil Warisan merupakan langkah pertama dalam proses mentadbirkan harta pusaka kata peguam.



Selepas itu permohonan mendapatkan Pemberian Probet atau Pemberian Surat Pentadbiran perlu dibuat di Mahkamah Keadilan Keluarga.



Langkah ini adalah sebuah proses undang-undang yang mengiktiraf seorang individu sebagai wasi harta pusaka si mati.



Menerangkan manfaat mendapatkan Sijil Warisan, Encik Zhulkarnain berkata:



"Sijil warisan juga mungkin perlu dikemukakan semasa Pemberian Probet di Mahkamah Keadilan Keluarga."



Langkah terakhir dalam pentadbiran probet ialah pembahagian aset si mati kepada benefisiari yang sah, kata peguam.



Wasi juga bertanggungjawab melunaskan sebarang hutang yang pernah ditanggung si mati.



Wasi perlu membahagikan harta mengikut kepada wasiat yang ditinggalkan si mati. Sekiranya ada wasiat, wasi hendaklah membahagikan harta si mati mengikut apa yang dinyatakan dalam wasiat. Pengagihan ini bagaimanapun tertakluk kepada peraturan faraid.



Sekiranya tidak ada wasiat, maka pentadbir perlu mengagihkan aset mengikut faraid secara lalai.



Untuk maklumat lanjut tentang proses permohonan Sijil Warisan, kunjungi: https://www.syariahcourt.gov.sg/Inheritance/Process



Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang faraid, kunjungi https://www.muis.gov.sg/-/media/Files/OOM/Resources/Faraidh.pdf




tanyaBH



SISTEM kewangan yang semakin rumit dalam dunia yang tidak menentu akan membuka pelbagai persoalan bagi warga.



Apakah pelaburan yang wajar anda pertimbangkan? Adakah anda mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi?



Jika anda mempunyai persoalan berhubung kewangan, kirimkan kepada kami. Wartawan Berita Harian/Minggu dengankerjasama pakar dan pengamat kewangan akan menawarkan jawapan untuk anda.



Kirimkan soalan atau sumbangan wacana berhubung kewangan kepada bhnews@sph.com.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >