RIYADH: Arab Saudi, rumah kepada tempat suci dalam Islam di Makkah dan Madinah, mengumumkan bahawa bulan Ramadan akan bermula hari ini.

Mahkamah agung kerajaan itu memutuskan pada petang Selasa bahawa bulan Syaaban akan berakhir pada Rabu, dan ini bermakna Ramadan akan bermula pada hari berikutnya, lapor agensi akhbar Saudi.