Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Sumbangan teknologi Jerman hasilkan kamera hebat bagi telefon pintar Vivo X60 Pro

Sep 20, 2021 | 06:12 PM



Gandingan syarikat telefon bijak China, Vivo dengan Zeiss, pembuat peralatan optikal terkemuka Jerman, kelihatan berbaloi. Telefon bijak baru Vivo X60 Pro, yang dihasilkan dengan kepakaran Zeiss, menawarkan peralatan camera yang berupaya menghasilkan mutu imej foto dan video yang amat memuaskan.



X60 Pro sebuah telefon pintar kelas premium ini dimuatkan dengan tiga kamera pandang belakang (48MP, 13MP dan 13MP). Ciri baru ini membenarkan pengguna menghasilkan potret dengan sentuhan profesional. Bagi penggemar gambar ‘bokeh’, telefon ini boleh menghasilkan foto yang kelihatan tajam di bahagian tengah dan kesan ‘kabur’ di bahagian belakang.



 Satu lagi ciri yang berguna ialah keupayaan merakam foto pada waktu malam. Telefon in mempunyai sistem Extreme Night Vision 2.0 yang digandingkan dengan kecerdasan buatan (AI) Vivo yang membantu pengguna menangkap jutaan bayangan warna malam dengan hanya menekan butang. 



Keistimewaan mutu imej video juga tidak kurang hebat, berkat daripada penggunaan teknologi Gimbal Stabilisation 2.0. Gimbal atau alat yang berupaya menstabilkan peranti lalu membenarkan pengguna mengambil foto yang jelas dan tajam, biarpun dalam pergerakan. 



Ia juga mempunyai alat penstabil lima paksi yang berupaya mengurangkan gegaran pergerakan. Sebagai contoh, mengunakan kamera video telefon ini di dalam kereta yang bergerak pantas, imej video yang dirakam kelihatan tidak banyak ‘bergoyang’.



 Dari segi saiz, Vivo X60 Pro terasa tipis dan ringan (177g) - mudah diselitkan dalam kocek.  Seperti kebanyakan telefon terkini, Vivo X60 Pro menawarkan ruang skrin yang luas. Skrin berukuran 6.56 inci itu berupya mempamerkan 2366 x 1080 piksel pada 398 PPI menjanjikan warna yang bertenaga lagi terang.



Dari sudut penampilan dan reka bentuk pula, Vivo X60 Pro tenyata ada ‘kelas’. Permukaannya yang licin, sentuhan tekstur serta lenggok bahagian tepi memberi gambaran sebuah peranti mewah. 



Satu kekurangan telefon sedemikian ialah permukaan yang licin, adakala menyukarkan pegangan dan membuat telefon mudah terlepas dari genggaman. Mujur Vivo menyertakan sarung plastik lut sinar yang memudahkan genggaman dan melindungi peranti dari dicalar. 



 Mutu suara apabila menerima panggilan telefon dan mutu audi apabila memainkan lagu atau video pada tahap maksimum juga boleh tahan.



 Tunggak jentera memproses telefon 5G ini ialah cip Qualcomm Snapdragon 870 5G Octa Core 3.2 GHz. Ia dilengkapi dengan ruang simpanan RAM 12 GB dan ruang simpanan data sebanyak 256 GB. Pendek cerita telefon ini berupaya menjalankan sebahagian besar aplikasi terkini denga pantas. 



 Begitu juga kemampuannya melancarkan permainan telefon bijak yang terkini. Berkat penyesuai grafik jenis Qualcomm Adreno 650, telefon ini juga mampu menayangkan animasi permainan komputer yang terkini.



 Menurut ujian Wild Life Test 3DMark, telefon ini berupaya mencatat markah 4234 yang menandakan Vivo X60 Pro mempunyai prestasi 72 peratus lebih baik berbanding telefon lain dalam rekod ujian tersebut.



Dalam ujian Wild Life Extreme Stress pula, Vivo X60 Pro mencatatkan markah 1,231.



Vivo X60 Pro kini ada dipasaran dan ditawaran di wadah rasmi Vivo di Shopee atau Lazada pada harga $1,199.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >