Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Tekad bapa capai impian jadi inspirasi kepada anak

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR dua tahun lalu, Encik Gazali Ahmad, 53 tahun, mengambil keputusan berani meninggalkan pekerjaannya sebagai pemandu kereta sewa privet untuk menceburi bidang teknologi.



Beliau, yang giat menulis blog tentang teknologi, telah lama menyimpan hasrat untuk menceburi minatnya itu, tetapi tidak menjadi.



Namun, kali ini Encik Gazali memutuskan untuk menyertai kursus dalam bidang pemprograman apabila peluang itu timbul pada 2021.



Kursus pilihannya ialah program 'Junior Full Stack Developer' yang ditawarkan Generation Singapore, sebuah pertubuhan tidak mengambil untung yang bekerjasama dengan SkillsFuture Singapura dan institusi posmenengah setempat untuk menyediakan program latihan bagi pekerja setempat.



"Sudah lama saya berminat dengan komputer. Sebelum ini, saya memulakan blog saya pada 2010, di mana saya kongsi cara untuk mengguna komputer serta nasihat teknikal," kata beliau sambil menambah kebanyakan pembaca blognya berasal dari Amerika Syarikat.



Encik Gazali berkata beliau berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan Generation Singapore itu antara lain kerana ia memberi beliau peluang kenal suai kerja selepas melengkapkan kursus di bilik darjah.



Disebabkan kursus itu sepenuh masa dan peserta kursus lain tidak bekerja, mereka diberi elaun kecil sekitar $750-$1200 sebulan.



"Dalam kursus itu saya mempelajari proses menulis pengekodan yang membantu menambah pengetahuan saya," tambah beliau.



Setelah mengikuti kursus itu pada Mac 2021, pemutus rantaian jangkitan Covid-19 bermula.



"Ia antara cabaran saya lalui kerana belajar dalam talian lebih susah dan berinteraksi dengan guru sudah berbeza," jelas Encik Gazali.



Beliau juga berdepan dengan cabaran sampingan kerana peserta kursus lain lebih muda daripadanya.



Mulanya Encik Gazali bimbang akan usianya yang mungkin tidak secergas rakan kursus lain lebih muda.



"Daripada perjalanan saya ini, saya memahami bahawa usia bukan batasan untuk menceburi apa yang saya inginkan. Malah, jika ada kemahuan, kita harus berdisiplin untuk belajar dan mempertingkatkan pemahaman kita di luar kelas," kata Encik Gazali.



Mengongsi bagaimana beliau bertungkus-lumus melengkapkan kursus itu, Encik Gazali berkata beliau meluangkan masa lapan hingga 10 jam berhadapan dengan komputer setiap hari, dan hanya berehat setiap 45 minit untuk merehatkan matanya.



Selepas melengkapkan kursus tersebut, Encik Gazali menyertai sebuah syarikat teknologi dan menjalani program kenal suai kerja selama enam bulan, di mana beliau menambah pemahaman tentang pekerjaan sebagai pembangun perisian.



Pengalaman itu banyak membantu, kata Encik Gazali, yang kini telah mendapat kerja sepenuh masa sebagai pembangun perisian Java Full-Stack.



Beliau enggan mendedahkan pendapatannya buat masa ini, tetapi berkata ia lebih stabil berbanding pendapatannya selama enam tahun bekerja sebagai pemandu sewa-privet.



Dalam pada itu, tekad Encik Gazali menceburi bidang teknologi telah memberi inspirasi kepada anak lelakinya, Encik Azan Azery Gazali, untuk mengikuti kursus yang sama.



"Sejak kecil lagi, saya melihat bapa saya berminat dengan teknologi dan komputer. Pada masa itu, saya juga berminat untuk reka game," kata Encik Azan, 29 tahun, yang mempunyai diploma jurusan Rekaan Permainan Video dari Politeknik Republic.



"Latihan kenal suai kerja banyak membantu membina keyakinan diri saya dalam bidang ini.



"Dan setelah tiga atau empat bulan menjalani latihan itu, saya ditawarkan kerja sebagai jurutera perisian," dedah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >