Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Telefon bijak untuk pempengaruh media sosial

AI kuasai sistem video dalam telefon bijak Oppo Reno6 Pro 5G
Oct 25, 2021 | 10:16 PM



MEREKA yang gemar menyiar video di wadah media sosial seperti Instagram atau TikTok tentu boleh menghargai ciri mesra video yang dimuatkan dalam telefon bijak Oppo Reno5 Pro 5G.



Dikenali sebagai pakar video potrait AI, telefon bijak ini memudahkan rakaman video dengan pelbagai ciri menarik. 



Kunci keistimewaan mutu video terletak pada kameranya. Telefon ini dimuatkan dengan empat kamera pandang belakang 64MP dengan kuasa kecerdasan buatan (AI) dan kamera pandang depan berukuran 32MP.





Hadwe ini digandingkan dengan perisian berkuasa AI misalnya Bokeh Flare Potrait Video. Ciri ini menghasilkan video potret dengan sinaran cahaya bokeh di bahagian belakang. Efek potret yang dihasilkan seakan video yang dirakam bintang K-Pop.



Satu lagi ciri ialah AI Highlight Video yang secara automatik boleh membantu pengguna merakam video dengan lebih jelas dan terang. Sistem ini berupaya mengambil kira tahap cahaya di sekitaran dan membuat pembaikan yang sewajarnya. Hasilnya, imej wajah yang dirakam lebih bersih, lebih bersinar dengan warna yang lebih bertenaga.



Peminat video aksi pula boleh memanfaatkan ciri Focus Tracking. Secara ringkas, sistem berupaya memberi tumpuan kepada subjek biarpun ia sedang bergerak pantas untuk menghasilkan video aksi yang tajam.



Melihat penampilan peranti ini, Oppo kelihatan berupaya menghasilkan telefon yang ada rupa. Permukaan yang licin bak cermin memberi gambaran produk yang ada harga. Oppo juga menawarkan dua pilihan warna menarik bagi telefon ini Aurora (biru muda) dan Stellar Black (hitam). Saiznya pula setanding dengan telefon lain dalam kelas premium. Ia hanya setipis 7.6mm dan beratnya ialah 177g.



Jentera utama telefon ini ialah cip memproses pelbagai teras MediaTek Dimensity 1200 yang mempunyai kuasa operasi sehingga 3GHz. Ia juga dilengkapi dengan 12GB RAM dan 256GB ROM yang digandingkan dengan teknologi Pengembangan RAM yang dibangunkan sendiri oleh OPPO. 



Dengan peralatan sedemikian, telefon mampu memberikan prestasi yang memuaskan. Berdasarkan Ujian 3DMark Wild Life, telefon ini mencatatkan 4,200 markah - meletakkannya di tangga 71 peratus lebih baik berbanding telefon lain dalam rekod ujian itu. 



Pencapaian bateri juga boleh tahan, bateri 4500mAh yang besar dan 65W SuperVOOC 2.0 boleh mencapai pengecasan 100 peratus dalam masa kira-kira 31 minit.



Di bahagian depan telefon terdapat skrin licin berukuran 6.5 inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan kadar pengambilan sentuhan hingga 180Hz, untuk memastikan sentuhan halus dan pengalaman menonton yang selesa. Namun satu kekurangan menggunakan skrin yang amat licin ialah apabila bermain permainan video tembak menembak - terasa sukar mengawal senjata.



Sewaktu laporan ini ditulis, Oppo Reno6 Pro 5G  dijual  pada harga  $949. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >