Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
3

KELUARAN KHAS SEMPENA ULANG TAHUN KE-65 BH

Ucapan PM Lee kepada Berita Harian

Dec 30, 2022 | 05:30 AM

Tahniah Berita Harian atas sambutan ulang tahun ke-65.
Berita Harian merupakan salah satu tunggak kukuh bagi masyarakat Melayu/Islam selama ini.
Melalui laporan tepat dan bertanggungjawab yang dihasilkan, Berita Harian dapat mengesahkan bahawa ia sumber maklumat yang boleh dipercayai dan dihormati. Usaha anda memelihara bahasa dan budaya Melayu juga menyediakan masyarakat dengan khazanah budaya yang kukuh di Singapura. Anugerah Jauhari Berita Harian juga telah mengiktiraf ramai individu cemerlang, dan menggalakkan individu lebih muda yang berpotensi untuk berusaha melakukan yang terbaik. Semasa saya menghadiri majlis penyampaian anugerah, saya berpeluang bertemu ramai individu yang berjaya serta golongan perintis di kalangan masyarakat. Pada masa yang sama, Berita Harian juga telah membangun selaras dengan peredaran masa dan aspirasi yang berubah berdasarkan keperluan dan citarasa pembaca. Anda telah memperluaskan kandungan digital serta aktiviti masyarakat yang dianjurkan. Saya gembira kerana dengan melakukan demikian, Berita Harian berpegang kepada perspektif nasional serta objektif terasnya - iaitu untuk memainkan peranan sebagai 'jambatan' bagi menerapkan pemahaman serta hubungan yang lebih baik antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Berita Harian sedang anda berusaha membangunkan generasi wartawan baru, dan menarik minat pembaca generasi baru yang ingin terus memperingati asal usul mereka melalui Berita Harian.
Selamat ulang tahun ke-65!
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >