Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Usah biarkan anak belanja dari aplikasi permainan tanpa pantauan

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT satu laporan baru-baru ini yang mendedahkan bahawa seorang remaja berusia 18 tahun telah membelanjakan $20,000 menggunakan kad kredit bapanya.



Jumlah itu dibelanjakan semasa bermain permainan dalam talian. Ini sekali gus mengetengahkan potensi bahaya pembelian menerusi aplikasi.



Menurut pakar kesihatan siber, kes berbelanja secara keterlaluan jarang berlaku.



Anak-anak yang lebih kecil biasanya tidak mempunyai akses kepada jumlah wang yang banyak.



Ini lebih berkemungkinan berlaku kepada golongan remaja atau dewasa.



Menurut laporan The Straits Times, golongan pakar memberi amaran bahawa sesetengah ibu bapa mungkin terlepas pandang tabiat anak yang mula lebih cenderung membeli permainan dalam talian menerusi aplikasi.



Ini kerana pembayaran tanpa wang tunai kini menjadi perkara biasa dalam kehidupan.



Sesetengah ibu bapa juga pernah mengalami serangan fizikal apabila mereka cuba menyekat permainan anak-anak.



Pembelian dalam aplikasi, yang bertujuan meningkatkan pengalaman bermain, dilakukan dengan memuat turun ke dalam telefon mudah alih atau komputer.



Anak remaja dalam laporan awal itu telah mengaitkan akaun Grab miliknya, yang dikaitkan pula dengan kad kredit bapanya dengan tujuan untuk menampung kos pengangkutan awam, kepada Genshin Impact, iaitu permainan video fantasi popular.



Beliau membelanjakan $20,000 sepanjang enam minggu menerusi pembelian dalam aplikasi untuk meningkatkan taraf avatarnya.



Pembelian dalam permainan kini meluas dan merupakan sebahagian daripada banyak permainan lain, termasuk Roblox dan Brawl Stars.



Banyak permainan, seperti Genshin Impact, mempunyai kotak rampasan, yang mengandungi ganjaran rawak.



Pemain membelanjakan wang tunai sebenar untuk membuka kunci bagi watak khas atau senjata yang dinaik taraf.



Kotak rampasan, yang tidak dibenarkan di Belgium, kadangkala dibandingkan dengan perjudian kerana unsur peluang yang terlibat.



Kotak rampasan biasanya ditemui dalam permainan mudah alih percuma untuk dimuat turun dan dalam beberapa komputer atau permainan video konsol.



Penolong pekerja sosial kanan, dalam khidmat sokongan keibubapaan Care Corner Singapura, Encik Edward Kang, berkata kewujudan telefon bijak dan akaun dalam talian yang kini ada di mana-mana bermakna ibu bapa harus sentiasa berwaspada tentang pembayaran digital.



"Ini merupakan ekosistem yang saling berkaitan. Mungkin di situlah cabarannya," katanya.



Sebagai contoh, telefon pintar kanak-kanak mungkin dipautkan ke telefon mudah alih ibu bapanya dengan akaun pembayaran dalam talian yang juga mempunyai butiran kad kredit orang dewasa.



Terdapat beberapa cara ibu bapa dapat mengurus pembelian dalam permainan jika jumlah berlebihan menjadi masalah.



Encik Kang mengusulkan agar ibu bapa memastikan kanak-kanak atau remaja tidak mempunyai akaun yang dikaitkan dengan kad kredit ibu bapanya.



Anak muda itu boleh membayar sebarang pembelian dalam permainan mengikut had tetap, seperti dengan menggunakan kad debit atau kad nilai tersimpan untuk kredit maya, yang boleh dibeli dari kedai serbaneka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >