Topik diikuti
Pergi ke BHkuUsaha pelihara institusi, kewibawaan Parlimen: PM Lee
Integriti dalam kalangan tokoh politik itu penting untuk menegakkan demokrasi yang dimahukan bagi negara ini, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, semasa berucap di Parlimen kelmarin dalam perbahasan laporan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP). Berikut adalah petikan ucapan itu.

PEMIMPIN BERWIBAWA: Singapura bertuah kerana menjadi salah satu daripada masyarakat yang mempunyai kepercayaan yang tinggi ini bagi para pemimpin kerana ia telah dipupuk selama beberapa dekad, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong di Parlimen kelmarin. - Foto MCI
Feb 17, 2022 | 5:30 AM
Usaha pelihara institusi, kewibawaan Parlimen: PM Lee
KAMI sedang membahaskan apakah tindakan yang perlu diambil Parlimen, selepas menerima laporan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).
Namun seperti yang diberitahu Ketua Dewan, isu yang lebih luas adalah fungsi demokrasi di Singapura.