Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Usaha perjuang golongan kurang upaya, bernasib baik diiktiraf

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



MINATNYA dalam bidang muzik sangat besar, namun Encik Muhammad Arshad Fawwaz beberapa kali terlepas peluang menunjukkan bakatnya apabila ditolak bagi beberapa uji bakat menyanyi.



Didorong pengalaman peribadinya itu, pemuda itu tekad mahu memastikan mereka yang mengalami keadaan serupa dengannya tidak merasakan kekecewaan tersebut.



Justeru, Encik Arshad, yang didiagnos dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan autisme ketika di bangku sekolah rendah, memutuskan untuk menganjurkan 'Inclusivity 4 All', siri konsert dalam talian.



"Anda hanya lihat golongan kurang upaya mempamerkan bakat sewaktu acara President's Star Charity atau festival Shaping Hearts... saya mahu memberi individu berkeperluan khas wadah untuk menunjukkan bakat mereka," kata pemuda berusia 25 tahun itu, yang berjiwa masyarakat dan suka melakukan kerja amal.



Wadah tersebut juga digunakan untuk mengumpul dana buat golongan kurang bernasib baik di Singapura.



Konsert 'Inclusivity 4 All' yang pertama disiarkan 24 Mei dua tahun lalu, di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan.



Encik Arshad melakukan semua rakaman dan suntingan dari rumahnya dan telah menganjurkan enam konsert dalam talian.



Menerusi 'Inclusivity 4 All', beliau bantu mengumpulkan dana bagi Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA), Rumah Kanak-Kanak Jamiyah, Rumah Kanak-Kanak Pertapis dan Kempen Makanan Ramadan 2021 yang memberi manfaat kepada 50 keluarga.



Usaha Encik Arshad telah diiktiraf dengan Anugerah Sukarelawan dan Dermawan Presiden 2020 dalam kategori Penghargaan Istimewa.



Tahun lalu, beliau menerima Anugerah Pengupaya Goh Chok Tong bagi kategori UBS Promise, yang bertujuan menggalakkan golongan kurang upaya yang telah menunjukkan harapan untuk mencapai tahap lebih tinggi dalam bidang bakat mereka dan terus berkhidmat kepada masyarakat.



"Saya amat rendah hati dan bersyukur telah diberikan anugerah ini. Saya mendapati bahawa ini satu peluang untuk mengiktiraf keupayaan kami untuk menyumbang kepada masyarakat," katanya.



Seorang lagi penerima Anugerah tersebut ialah Encik Elliot Teng Z-Kai, 23 tahun.



Didiagnos dengan kehilangan pendengaran yang teruk bagi kedua-dua telinganya pada usia dua setengah tahun, Encik Teng berkata antara cabaran terbesarnya adalah menangani permintaan sekolah.



"Ia bukan mudah untuk mendengar dalam sekitaran yang bising tanpa rasa penat. Saya selalu pulang ke rumah letih dan saya masih perlu menyelesaikan tugasan rumah dan projek," ujarnya.



Namun, dengan bantuan rakan, guru dan keluarganya serta terapi audio-lisan, Encik Teng berjaya gagahi cabaran tersebut, dan turut membuat pengorbanan seperti melepaskan peluang melibatkan diri dalam acara sosial supaya beliau dapat berehat dan memberi tumpuan kepada sekolah dan kegiatan kokurikulum (CCA).



Kini, Encik Teng sedang menceburi bidang undang-undang di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan berharap dapat memperjuangkan golongan yang kurang upaya dan kurang bernasib baik dalam masyarakat.



Encik Teng merupakan pejuang bagi masyarakat pekak dan telah mewakili Singapura di kem Persekutuan Cacat Pendengaran Sedunia (WFD) di Australia. Beliau juga penceramah di Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH), di mana beliau memberi motivasi kepada ibu bapa yang mempunyai anak kurang daya pendengaran.



"Saya berharap dapat menjadi peguam yang memperbaiki masyarakat, dalam apa jua cara.



"Saya berharap untuk memperjuangkan masyarakat yang lebih saksama dan harmoni. Bukan sahaja untuk golongan kurang upaya, tetapi juga kumpulan kurang bernasib baik. Banyak lagi yang perlu dilakukan dan saya percaya saya mempunyai empati dan semangat untuk membantu mereka semampu saya," ujarnya.



Anugerah Pengupaya Goh Chok Tong telah memulakan undangan terbuka untuk pencalonan bagi edisi keempat mereka hingga 15 Julai ini.



Pemenang tahun ini akan diumumkan pada hujung tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >