Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Walau kecil, SG tampung hidup 409 spesies semut

Aug 15, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mungkin sebuah negara dan bandar yang kecil namun ia menampung kehidupan 409 spesies semut yang telah dicatatkan.



Ini menjadikan Singapura bandar dengan kepelbagaian semut yang tertinggi di dunia setakat ini.



Pasukan penyelidik yang terdiri daripada saintis dari Singapura, Hong Kong dan Jepun, menemui 409 spesies (termasuk subspesies) dan 100 genera semut di Singapura, dengan rekod baru 121 spesies dan 10 genera.



Daripada jumlah ini, 34 spesies kini dianggap istimewa kerana hanya boleh dijumpai di Singapura.



Dr Wendy Wang, ahli entomologi di Muzium Sejarah Alam Lee Kong Chian di Universiti Nasional Singapura (NUS), mengetuai kajian ini, yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Asian Myrmecology pada 14 Julai lalu.



Kajian ini bukan sahaja menyenaraikan spesies semut di Singapura, malah menyediakan maklumat tentang cara mengenal pasti semut yang berbeza-beza.



Maklumat terperinci sedemikian tidak tersedia sebelum ini, dengan senarai semak saintifik terakhir tentang spesies semut di Singapura dibuat pada 1916.



Senarai pada waktu itu hanya mencatatkan 159 spesies semut - kurang daripada separuh jumlah sebenar spesies semut yang ditemui di Singapura.



Profesor Evan Economo daripada Institut Sains dan Teknologi Okinawa, Jepun, pengarang bersama bagi kajian ini, berkongsi:



"Ini benar-benar karya yang monumental dan akan menetapkan asas penyelidikan berkaitan dengan semut di Singapura buat 100 tahun yang akan datang."



Dengan hutan di negara lain masih lagi dikaji, Dr Wang menekankan bahawa setiap hutan boleh menjadi enklaf biodiversiti yang kaya dan banyak lagi spesies semut yang mungkin masih menunggu untuk ditemui.



Walaupun ramai orang menganggap semut sebagai perosak, Dr Wang berkata:



"Semut di alam liar dianggap sebagai jurutera ekosistem yang penting dan serangga ini memainkan peranan penting dalam setiap kemungkinan habitat di daratan di seluruh dunia, dari gunung hingga bakau."



Serangga kecil ini juga membantu mencampurkan tanah, penyebaran benih dan mengawal populasi perosak lain.



Dr Wang juga berkongsi bahawa semut juga mempamerkan beberapa tingkah laku yang menarik.



"Sebagai contoh, semut Rhopalomastix yang sukar difahami boleh mengunyah kulit kayu. Ini hanyalah satu daripada banyak cara pelik semut mendapatkan makanannya," ujar Dr Wang.



Tidak hairanlah mengapa Dr Wang cukup tertarik untuk menjadikan kajian tentang serangga sebagai kerjayanya.



Semasa bekerja, Dr Wang boleh ditemui di belakang muzium ketika beliau merenung kulit pokok dengan teliti.



Perkara yang menjadi perhatiannya ialah urat-urat sempit berwarna kemerah-merahan yang merentangi kulit pokok itu.



"Semut-semut ini sebaliknya tersembunyi daripada mata kasar. Apa yang kita tidak dapat lihat tidak bermakna mereka tiada," tambah Dr Wang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >