Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Walau sibuk belajar, kerja sambilan, siswa NTU luang masa bantu golongan kurang upaya

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



HANYA setelah mendaftar di universiti, barulah Encik Syazwan Zainal Shah menyedari bahawa kehidupan bukan sekadar tentang dirinya sahaja.



Didorong oleh keinginannya untuk membantu golongan memerlukan dan keinginan untuk berkembang sebagai seorang individu, beliau mula menjadi sukarelawan di Kluster Keperluan Khas Pasukan Belia Singapura (Youth Corps) untuk memainkan peranannya dalam menyumbang kembali kepada masyarakat.



Encik Syazwan, 24 tahun, percaya dalam sebuah masyarakat inklusif, orang kurang upaya juga perlu diberi peluang yang sama untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aspek masyarakat, sama ada pendidikan atau pekerjaan.



Sejak mula menjadi sukarelawan kira-kira lima tahun lalu, beliau berpegang teguh dengan prinsip dan berjaya memperuntukkan masa khas untuk menjalankan kerja sukarela, walaupun sibuk sebagai pelajar sepenuh masa di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan bekerja sambilan pada hujung minggu.



Sebagai ketua projek untuk salah satu program Youth Corps bernama Big Brother, Big Sister (BBBS), Encik Syazwan merancang aktiviti menyeronokkan bagi kanak-kanak yang mempunyai Gangguan Spektrum Autisme (ASD).



BBBS bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang ASD dan menggalakkan interaksi antara belia dengan golongan kurang upaya (PWD).



"Kita mesti bersikap empati apabila berinteraksi dengan golongan PWD. Kita tidak boleh hanya fokus kepada kekurangan mereka, sebaliknya kita harus mencuba dan memahami mereka sebagai seorang individu - matlamat, aspirasi mereka, apa mereka suka dan tidak suka," kata Encik Syazwan.



"Kita juga mesti sedar tentang prasangka kita supaya kita mengubah persepsi terhadap mereka. Hanya dengan persepsi ini, kita boleh melihat cara kita boleh menjadi lebih inklusif dan membolehkan golongan PWD mengambil bahagian dalam masyarakat secara sama rata," tambahnya.



Pelajar Psikologi NTU itu percaya setiap orang mempunyai peranan untuk memupuk sebuah masyarakat inklusif, dan ini harus diusahakan secara bersama.



"Semua orang, termasuk saya, perlu lebih aktif dan mempertimbangkan interaksi kita dengan golongan PWD. Keluarga, rakan, jiran, rakan sekelas dan rakan sekerja boleh melakukan lebih banyak lagi dalam interaksi dan perbualan kita dengan golongan PWD supaya mereka berasa sebahagian daripada masyarakat," ujar Encik Syazwan.



Encik Syazwan mula berminat untuk menjadi sukarelawan selepas menyertai Kelab Perkhidmatan Kebajikan (WSC) NTU apabila beliau baru-baru memasuki sekolah itu. WSC mendedahkannya kepada pelbagai aktiviti kesukarelawanan di mana beliau akhirnya menjadi pengerusi kelab tersebut.



"Minat saya terhadap masyarakat berkeperluan khas meningkat selepas menyertai WSC. Saya sedar kerja sukarela telah membuatkan saya lebih sedar tentang apa yang berlaku dalam masyarakat dan membolehkan saya berkembang sebagai seorang individu.



"Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan YCS kerana menjadi pengaruh positif dan mendorong saya untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat," jelas Encik Syazwan.



Beliau menggalakkan orang lain untuk menjadi sukarelawan kerana terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh. Bagaimanapun, beliau memahami bahawa tidak semua orang boleh meluangkan masa kerana komitmen kerja dan kehidupan.



"Nasihat saya kepada sesiapa yang berminat adalah untuk bermula secara kecil-kecilan. Cuba menganggapnya sebagai cara untuk memutuskan hubungan daripada rutin harian dan bukan menganggapnya sebagai kerja tambahan," nasihat Encik Syazwan.



Terdapat juga pelbagai jenis aktiviti sukarelawan yang tersedia, seperti berkawan dengan golongan PWD dan merancang pelbagai aktiviti untuk mereka.



Encik Syazwan mencadangkan sesiapa yang berminat untuk melayari laman SGCares untuk memilih jenis aktiviti yang paling sesuai berdasarkan kekuatan dan minat seseorang.



Sabtu lalu, Encik Syazwan dan ramai sukarelawan Youth Corps yang lain berada di Suntec City untuk memberi sokongan kepada The Purple Parade, gerakan terbesar Singapura yang menyokong inklusiviti.



Selain meningkatkan kesedaran, The Purple Parade meraikan kebolehan golongan PWD dan memastikan mereka mendapat akses yang sama kepada pendidikan, pekerjaan, pengangkutan dan rangkaian sosial.



Semasa perarakan itu, Youth Corps berinteraksi dan meluangkan masa dengan klien daripada rakan komuniti setempat mereka, Thye Hua Kwan Moral Charities. Encik Syazwan bersama sukarelawan Youth Corps yang lain membentuk kontinjen untuk berarak bersama-sama bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan tersebut.




"Kita mesti bersikap empati apabila berinteraksi dengan golongan PWD. Kita tidak boleh hanya fokus kepada kekurangan mereka, sebaliknya kita harus mencuba dan memahami mereka sebagai seorang individu - matlamat, aspirasi mereka, apa mereka suka dan tidak suka.



Kita juga mesti sedar tentang prasangka kita supaya kita mengubah persepsi terhadap mereka. Hanya dengan persepsi ini, kita boleh melihat cara kita boleh menjadi lebih inklusif dan membolehkan golongan PWD mengambil bahagian dalam masyarakat secara sama rata."



- Encik Syazwan Zainal Shah, sukarelawan Pasukan Belia Singapura (Youth Corps).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >