Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

WHO puji komitmen Indonesia

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji komitmen Indonesia untuk mempercepat dan mengoptimumkan program vaksinasi nasionalnya sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan pandemik Covid-19.



Menurut Pegawai Imunisasi WHO untuk Indonesia, Cik Olivi Silalahi, Indonesia adalah antara negara dengan program vaksinasi yang berjaya.



Cik Silalahi dipetik agensi berita Antara sebagai berkata Indonesia berada di tangga kedua dalam kalangan negara-negara dengan paling ramai penduduk di dunia yang telah memberi vaksin Covid-19 kepada warga negaranya.



Bagi program vaksinasi, setakat hari ini, lebih 21.9 juta orang telah menerima dos pertama vaksin, manakala lebih 11.9 juta telah menerima dos kedua.



Indonesia melancarkan program vaksinasi pada 13 Januari lepas, menggunakan vaksin Sinovac, AstraZeneca dan Sinopharm.



Pemerintah menyasarkan untuk memvaksin lebih 40 juta orang pada fasa pertama dan kedua program vaksinasi nasional, mengutamakan petugas kesihatan, pekerja perkhidmatan awam, dan warga emas.



Pasukan petugas menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 40.35 juta warganegara dalam usaha mencapai imuniti kelompok.



Pemerintah Indonesia juga menetapkan sasaran vaksinasi sejuta orang setiap hari pada Jun ini memandangkan stok vaksin yang mencukupi.



Menteri Perdagangan Muhammad Lutfi sebelum ini menyatakan Indonesia adalah negara keempat yang memiliki program vaksinasi terbaik di dunia.



Menurutnya, program vaksinasi Covid-19 di Indonesia akan berlanjutan hingga suku pertama tahun 2022.



Dengan sejumlah 181.5 juta penerima, Encik Lutfi mengatakan program vaksinasi ini akan menjadi salah satu yang terbesar di peringkat global.



Indonesia melancarkan program vaksinasi pada 13 Januari lepas, menggunakan vaksin Sinovac, AstraZeneca dan Sinopharm.



Penerima pertama adalah Presiden Joko Widodo atau Jokowi.



Menjelang 9 April 2021, laman web rasmi covid19.go.id menyatakan bahawa 14.7 juta orang telah diberi vaksin (9.7 juta vaksin pertama dan 4.9 juta vaksinasi kedua).



Sejak itu, hampir 100 peratus pekerja kesihatan yang Disuntik Untuk mencapai keperluan vaksinasi bagi 181.5 juta orang, kata Lutfi,



Pemerintah bersedia memberikan 426.8 juta dos vaksin.



Menteri Penyelaras Ekonomi Airlangga Hartarto berkata pelaksanaan vaksinasi ini menjadikan Indonesia sebagai negara kelapan terbesar yang telah melakukan vaksinasi.



Menurut beliau, jika dihitung berdasarkan negara-negara bukan penghasil vaksin Covid-19, berada di tangga keempat.



Di atas Indonesia, Brazil dengan 21 juta vaksinasi, Turkey 16.68 juta, dan Jerman 14.37 juta.



"Indonesia berada di posisi keempat daripada lapan negara berpenduduk besar yang mewujudkan program vaksinasi," kata Encik Airlangga yang juga ketua Jawatankuasa Penanganan Covid-19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional



Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin, berkata stok vaksin tambahan Sinovac dan AstraZeneca juga sudah mencukupi bulan ini.



"Justeru pemerintah akan mempercepat program vaksinasi bulan depan berdasarkan vaksin yang mencukupi.



"Indonesia sudah menerima 3.8 juta dos vaksin AstraZeneca melalui kemudahan Covax yang diselaraskan di bawah skim (perikatan vaksin global), Gavi, pada 26 April lalu.



"Dengan ketibaan dos tambahan vaksin Covid-19 ke Indonesia, pemerintah merancang mempercepatkan lagi program vaksinasi besar-besaran.



"Sebelum ini ia mengurangkan suntikan vaksin untuk menjaga stok vaksin sedia di negara ini," katanya.



Vaksinasi pekerja perkhidmatan awam, termasuk guru dan warga emas, masih diteruskan di beberapa bahagian negara itu yang mempunyai populasi 270 juta.



Penerima vaksin merangkumi pekerja penjagaan kesihatan yang menjadi kumpulan utama di bawah program vaksinasi fasa pertama dan pegawai perkhidmatan awam yang menerima suntikan vaksin di bawah fasa dua program.



Program vaksinasi fasa kedua dilancarkan 17 Februari lalu dengan program vaksinasi menyasarkan kumpulan penjawat awam termasuk anggota polis dan tentera serta wartawan. - Agensi berita.




''Indonesia sudah menerima 3.8 juta dos vaksin AstraZeneca melalui kemudahan Covax yang diselaraskan di bawah skim (perikatan vaksin global), Gavi, pada 26 April lalu. Dengan ketibaan dos tambahan vaksin Covid-19 ke Indonesia, pemerintah merancang mempercepatkan lagi program vaksinasi besar-besaran.''
- Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >