LEBIH daripada 50 badan amal telah mengagihkan pakej penjagaan yang mempunyai pelitup, sanitiser tangan dan barangan makanan kepada lebih 5,000 individu pada Khamis (26 Mac) sebagai usaha untuk menentang wabak Covid-19.
Usaha membantu golongan kurang bernasib baik itu adalah sebahagian daripada inisiatif SG United Admist Adversity #CharitiesCaringTogether yang dilancarkan oleh Hope Initiative Alliance – sebuah platform antara agama dan bangsa untuk badan amal menyediakan bantuan holistik kepada golongan memerlukan.
Inisiatif itu di sokong oleh SG United, SG Cares, Gerakan Berbudi Singapura (SKM) dan Pertubuhan Antara Agama (IRO) di Singapura.
Dengan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19, terdapat keperluan lebih mendesak untuk membantu golongan miskin dengan barangan keperluan, kata jurucakap Hope Initiative Alliance.
Pakej penjagaan tersebut ditaja oleh beberapa kumpulan syarikat dan organisasi.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Koronavirus: Pakej penjagaan untuk lebih 5,000 penduduk memerlukan
Mar 26, 2020 | 05:45 PM