MUZIUM Tamadun Asia ditutup pada Khamis dan Jumaat (19 dan 20 Mac), setelah seorang kakitangan disahkan dijangkiti Covid-19.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Lembaga Warisan Negara (NHB) berkata kakitangannya itu telah berada di Amerika Syarikat dari 9 hingga 14 Mac, dan tidak berada di ACM atau berhubungan dengan kakitangan NHB lain sejak 7 Mac.
“Bagaimanapun, NHB dan ACM akan menutup muzium itu pada 19 dan 20 Mac bagi kerja pembersihan dan pebasmian kuman yang menyeluruh,” kata NHB.
Muzium berdekatan Raffles Place itu berada di bawah naungan NHB.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Covid-19: Muzium Tamadun Asia ditutup hari ini dan esok, setelah kakitangan diuji positif
Mar 19, 2020 | 09:45 AM