Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

​Pendidikan seks: Sikap hormat, tingkah laku wajar diajar di universiti dan sekolah menengah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

​Pendidikan seks: Sikap hormat, tingkah laku wajar diajar di universiti dan sekolah menengah

Jul 08, 2021 | 09:50 PM

UNIVERSITI berautonomi di Singapura sudah mula atau dalam proses menerapkan modul wajib mengenai tingkah laku wajar yang merangkumi peraturan dan norma mengenai persetujuan seksual, kata Menteri Negara Pendidikan Cik Sun Xueling.

Mahasiswa yang tinggal di asrama juga mempunyai bengkel secara bersemuka yang wajib dan perbincangan bersama rakan mengenai seksualiti, serta kelas mengenai salah laku dan gangguan seksual, tambahnya.

Berucap di Parlimen pada Selasa (6 Julai), Cik Sun juga berkata pelajar di sekolah menengah diajar cara mengenali penderaan dan gangguan seksual sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan watak dan kewarganegaraan (CCE).

Di bawah kurikulum CCE baru yang dilancarkan tahun ini, pelajar menengah rendah mempelajari topik seperti keselamatan dan perlindungan daripada penderaan seksual dan asuhan seksual.

Cik Sun, yang juga Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata demikian untuk  memberi respons kepada ucapan Anggota Parlimen  Parti Pekerja Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang).

Cik Khan telah berucap mengenai keperluan menangani masalah keganasan dan gangguan seks di Singapura, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan belia.

"Walaupun beberapa institusi pengajian tinggi sekarang mengajarkan persetujuan secara nyata, ini mesti bermula lebih awal dalam kehidupan."

Beliau  menambah bahawa jumlah masa yang diperuntukkan untuk mengajar pendidikan seksualiti di sekolah tidak mencukupi.

Katanya lagi, Singapura harus berusaha untuk mewujudkan "budaya persetujuan yang kuat" kerana sistem keadilan jenayah sahaja tidak dapat melindungi mangsa daripada ancaman keganasan seksual kerana banyak insiden tidak dilaporkan, atau dimansuhkan.

"Pendidikan seksualiti yang wajib harus diperluas kepada anak-anak kecil, yang harus diajar untuk mengenali kesalahan yang dilakukan pada mereka," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3