‘Anda tidak bersendirian’, kata Presiden Halimah kepada pelajar, kakitangan River Valley, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

‘Anda tidak bersendirian’, kata Presiden Halimah kepada pelajar, kakitangan River Valley

Jul 21, 2021 | 01:22 PM

PRESIDEN Halimah Yacob berkata beliau amat bersedih dengan tragedi yang berlaku di Sekolah Tinggi River Valley Isnin lalu, melibatkan seorang pelajar 13 tahun yang dipercayai dibunuh di kampus.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Presiden Halimah berkata sukar sekali untuk memahami apa yang telah berlaku, serta trauma dan kesedihan yang dialami keluarga, rakan, pelajar dan guru yang terjejas.

“Beberapa orang, termasuk belia dan pelajar kita, mungkin terkejut dan berasa takut dengan berita itu, manakala yang lain mungkin rasa keliru dan tidak berdaya.

“Jika anda seorang daripada mereka, saya ingin anda tahu anda tidak bersendirian. Ia bukan satu tanda kelemahan untuk mendapatkan bantuan atau seseorang untuk mendengar anda,” ujar Presiden Halimah.

Beliau berkata demikian dalam satu kiriman di Facebook pada Rabu (21 Julai), sedang pelajar dan kakitangan kembali ke sekolah buat kali pertama sejak insiden itu.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Kata Presiden Halimah lagi, banyak talian dan kumpulan menawarkan bantuan secara rahsia jika individu terjejas tidak mahu ‘dilihat’ mendapatkannya.

“Inilah masanya bagi warga Singapura untuk pulih bersama. Jika anda tahu sesiapa yang nampak tertekan, dekatilah beliau. Lebih-lebih lagi semasa pandemik ini, marilah kita bersikap ihsan terhadap satu sama lain,” kata Presiden Halimah.

Beliau turut memberi pautan yang menyenaraikan sokongan yang tersedia bagi mereka yang memerlukannya: https://stayprepared.sg/mymentalhealth/i-need-support-now/.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map