Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Setempat

‘Angin puyuh’ di Tuas pertama dilaporkan di Singapura

Sep 28, 2019 | 03:41 PM

Video ‘angin puyuh’ yang dirakam di Tuas tular dalam talian semalam (27 September) adalah insiden pertama yang dilaporkan di Singapura.

Khidmat Meteorologi Singapura (MSS) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata bahawa angin berputar disebabkan oleh ribut petir yang kuat di bawah keadaan atmosfera yang tidak stabil.

Terdapat ribut petir di perairan Tuas pada jam 10.30 pagi semalam, kemudian ia bergerak ke darat pada pukul 11 pagi.

"Udara lembap yang semakin meningkat mengakibatkan lilitan angin berputar sepanjang Gul Way di sekitar kawasan Tuas," kata MSS.

Dalam klip video yang dimuatkan ke lelalam Facebook SG Kay Poh pada 1.30 petang, kelihatan serpihan yang diangkat ke udara oleh tiupan kencang dalam gerakan lingkaran berpusing menuju ke atas.

The Straits Times (ST) difahamkan bahawa tiada kecederaan yang berlaku akibat kejadian ini.

 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian