Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Distrik digital’ di Punggol North dilancar

Jan 21, 2018 | 03:49 PM



APABILA bangunan-bangunan pertamanya dibina dalam tempoh lima tahun, Punggol North akan menjadi pusat industri digital dan keselamatan siber yang mungkin mewujudkan lebih 28,000 pekerjaan dalam ekonomi digital.

 

Pelan induk untuk Distrik Digital Punggol 50 hektar itu dilancarkan hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean di pusat beli-belah Waterway Point, bersama pameran yang menunjukkan rupa daerah tersebut.

 

Berucap semasa majlis itu, DPM Teo berkata rancangannya adalah untuk menjadikan Punggol sebagai “hab utama pembangunan sektor Ekonomi Digital” dan memindahkan agensi pemerintah, seperti Agensi Keselamatan Siber Singapura- kini di Maxwell Road- ke daerah tersebut. 



“Ini akan membantu mewujudkan kumpulan keselamatan siber dan teknologi baru di Punggol.



“Penduduk kami boleh menjangkakan pekerjaan menarik yang berdekatan dengan rumah mereka pada masa depan.”



Kawasan tersebut juga kurang kereta, dengan infrastruktur seperti tempat letak kereta dan pusat penukaran bas terletak di bawah tanah. 



Laluan di sana akan memenuhi keperluan pejalan kaki, penunggang basikal dan pengguna alat mobiliti peribadi. 



Turut terletak di kawasan ini adalah kampus baru Institut Teknologi Singapura (SIT), serta infrastrutktur pengangkutan baru seperti stesen MRT Punggol Coast baru. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >