‘Hinaan, maki hamun sudah jadi perkara biasa’

Tugas sebagai pegawai keselamatan memang sejak dulu dipandang rendah banyak pihak

Sebagai pegawai keselamatan, mereka membantu menjaga keselamatan prasarana dan sekitaran selain memastikan peraturan yang ditetapkan di sesebuah bangunan atau kemudahan itu dipatuhi. Namun masih ada yang bukan hanya memandang rendah bahkan memarahi pegawai keselamatan yang sekadar menjalankan tugas. Baru-baru ini, satu video menunjukkan seorang penduduk kondominium memarahi pegawai keselamatan selepas diberitahu beliau perlu membayar $10 supaya tetamunya boleh meletak kenderaan di kondominium itu mendapat perhatian ramai. Berita Harian telah menemui beberapa pegawai keselamatan untuk mendengar pandangan dan pengalaman mereka bekerja dalam sektor tersebut. Ikuti laporan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg).

MASIH terngiang-ngiang lagi ungkapan memedihkan hati yang dilontarkan kepada Encik Azmi Ahmad sekitar lebih dua dekad yang lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto