Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

‘Mandai Mangrove and Mudflat’ dibuka sebagai taman alam semula jadi pada 2022

Setempat
27
0

‘Mandai Mangrove and Mudflat’ dibuka sebagai taman alam semula jadi pada 2022

Oct 07, 2018 | 04:16 PM

PENCINTA alam semula jadi dan penggemar burung bakal menikmati taman baru apabila ‘Mandai Mangrove and Mudflat’ dibuka untuk orang ramai pada pertengahan tahun 2022. 

Menteri Kedua Pembangunan Negara Encik Desmond Lee mengumumkan semalam bahawa mudflat atau dataran lumpur, yang terletak tiga kilometer timur kawasan lembah Sungei Buloh, akan dijadikan taman semula jadi sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh pemuliharaan biodiversiti tanah lembah Singapura. 

Taman seluas 72.8 hektar itu terletak di sepanjang dua laluan rekreasi akan datang, ia akan membentuk kawasan paling utara Koridor Kereta Api, dan koridor penemuan eko (eco-discovery) sebagai sebahagian daripada Rangkaian Laluan Hubungan Taman Keliling Pulau atau Round Island. 

Lembaga Taman Negara Singapura (NParks), yang mengambil alih pengurusan mudflat pada Oktober, akan menyediakan kemudahan minimum untuk mengurangkan kesan kunjungan orang ramai terhadap kawasan tersebut. 

Ini termasuk jejak alam semula jadi, rak basikal dan kawasan di mana orang ramai boleh mendapatkan pandangan panoramik burung-burung yang sedang makan di dataran lumpuh (mudflat). 

Berucap semasa sambutan ulang tahun ke-50 kawasan lembah Sungei Buloh hari ini, Encik Lee, yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata kawasan lembah dan mudflat tersebut berkhidmat sebagai perhentian penting bagi burung-burung yang terbang ke selatan semasa musim sejuk. 

Burung-burung yang berhijrah biasanya akan terbang beribu kilometer dari sejauh Bulatan Artik hingga ke kawasan selatan seperti Australia dan New Zealand, dan akan berhenti sepanjang jalan di negara-negara seperti China, Vietnam dan Singapura untuk mengisi perut (refuel).

Tetapi dengan perhentian yang banyak sepanjang laluan mereka terjejas atau hilang kerana pembangunan di luar negara, Sungei Buloh, persinggahan utama mereka, memainkan peranan yang penting untuk memastikan mereka hidup, kata Encik Lee. 

“Walaupun saiz kita kecil, Singapura boleh terus menjadi kawasan yang selamat untuk burung-burung ini dan memainkan peranan utama dalam memelihara biodiversiti antarabangsa,” katanya. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3