‘Relawan’ jual mainan dan gelang kunci di tempat awam bukan wakil Projek Reben Kuning , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

‘Relawan’ jual mainan dan gelang kunci di tempat awam bukan wakil Projek Reben Kuning

Apr 13, 2019 | 02:30 PM

PENJUAL mainan dan gelang kunci yang mengaku mereka relawan atau bekas pesalah bukan sebahagian Projek Reben Kuning, kata inisiatif itu melalui pos Facebook pada Khamis (11 April).

Dalam pos itu, projek tersebut berkata ia dan Dana Reben Kuning, pada masa ini, tidak mengadakan sebarang projek mengumpul dana awam.

“Kami tidak membenarkan sebarang individu atau kumpulan berbuat demikian bagi pihak kami di tempat awam,” katanya.

Menurut projek itu, pertubuhan kebajikan yang memiliki lesen untuk meminta dana di tempat awam akan diberikan Sijil Penguasa Pengumpul Dana dari Majlis Perkhidmatan Sosial Nasional (NCSS) dan salinan permit polis.

Pihak awam boleh memastikan peminta dana itu berkata benar dengan mengimbas kod QR yang tertera di permit itu.

Discover Malay Home Based Businesses

Anda juga oleh mendapat pengesahan melalui pesanan ringkas yang dikirimkan ke Unit Kebajikan di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY). Taip ‘FR’ diikuti tanda jarak dan nombor kebenaran NCSS ke 79777.

Jika anda menemui peminta dana yang mencurigakan, anda juga boleh menelefon polis di 999, kata Projek Reben Kuning.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map